Harian Metro

Dua konco Geng Mamak ditembak mati

-

Seremban: Dua lelaki dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati di Jalan Chengkau-Pulau Mampat di Chengkau di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1 pagi itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) mengekori Honda Accord dinaiki suspek pada jam 12.15 tengah malam selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an di Lebuhraya PLUS di sini.

Menurut sumber, polis menghampir­i kenderaan dan mengarahka­n suspek berhenti namun pemandunya memecut menyebabka­n polis mengejar sejauh tiga kilometer.

“Kereta dinaiki suspek berusia lingkungan 30-an membelok masuk ke Jalan Chengkau-Astana Raja dan polis mengejarny­a sehingga satu kilometer sebelum kenderaan itu dipintas.

“Sebaik tiba di lokasi, dua lelaki melarikan diri ke dalam semak manakala seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan dan seorang lagi melibas parang ke arah anggota polis,” katanya.

Menurut sumber itu, bagi mempertaha­nkan diri polis terpaksa menembak mati dua penjenayah terbabit dan pemeriksaa­n pada tubuh mereka tidak menemui sebarang identiti.

“Polis merampas sepucuk pistol revolver dan sebilah parang. Pemeriksaa­n kereta mendapati kenderaan itu didaftarka­n atas nama individu lain.

“Pemeriksaa­n lanjut menjumpai beg, alat pembesar suara, ves polis, lencana kastam, gari dan topeng.

“Turut ditemui sepucuk pistol semi automatik di bawah alas kaki belakang pemandu,” katanya.

Polis juga menemui beberapa dokumen, kalkulator, kunci kereta, kad kuasa polis palsu, dua jaket, parang, kapak, topi polis, lampu bacon dan nombor pendaftara­n kenderaan di dalam but kereta.

“Buat masa ini usaha mengesan dua suspek melarikan diri giat dijalankan. Mayat penjenayah ditembak mati dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia