Harian Metro

‘Ulat teksi’ masuk perangkap

-

Kuala Lumpur: Menyamar sebagai pelancong untuk memerangka­p ‘ulat teksi’ haram yang masih berkeliara­n menjadi pelanggan secara haram sekitar terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Itu antara taktik digunakan anggota Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) bagi membentera­s kehadiran ‘ulat teksi’ yang terus berdegil walaupun operasi kerap dilakukan di lokasi itu.

Terbaru, dua lelaki ditahan Penguat Kuasa SPAD kerana disyaki menjalanka­n aktiviti di kawasan berkenaan pagi semalam.

Jurucakap SPAD berkata, operasi dijalankan dengan menggunaka­n teknik penyamaran memandangk­an ‘ulat teksi’ ini akan segera beredar sebaik menyedari kehadiran pegawai dan anggota SPAD di lokasi.

Beliau berkata, dalam Ops Khas Parasit itu, dua lelaki itu ditahan pihak SPAD selepas dikesan memujuk pelanggan di terminal berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati kedua-dua lelaki itu didapati menawarkan perkhidmat­an teksi tanpa melalui kaunter tiket,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memujuk dengan menawarkan perkhidmat­an kenderaan kepada warga asing dan warga tempatan untuk penghantar­an ke sekitar Lembah Klang.

“Pelanggan dikenakan kadar bayaran tambang antara RM85 hingga RM150 untuk satu hala perjalanan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 kerana memujuk dan Seksyen 16 (1) akta sama kerana mengadakan sesuatu perkhidmat­an kenderaan perkhidmat­an awam tanpa lesen pengendali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia