Harian Metro

Hello Kitty

-

saya beli selepas mula bekerja ialah aksesori kereta. Daripada situ, saya mula mengumpul baju, tudung, kasut, alat solek, beg dan pelbagai lagi barangan bertemakan Hello Kitty,” katanya. Menurutnya, hobinya turut dibawa ke alam rumah tangga dan mendapat sokongan ahli keluarga terutama suaminya, Ismail Ibrahim, 33.

“Apabila hendak berkahwin, saya mula mengumpul barangan kecil seperti pinggan mangkuk.

“Lama-kelamaan rumah saya dihiasi dengan tema Hello Kitty termasuk alas sofa, langsir, kesat kaki, kertas dinding, periuk nasi, cerek, sudip, senduk, gayung, berus gigi dan banyak lagi.

“Saya juga suka membeli minuman daripada botol Hello Kitty, coklat, gula-gula, biskut dan pasta yang semuanya bertemakan karektor kartun itu.

“Biasanya semua ini saya dapatkan di kedai khas yang menjual barangan Hello Kitty sama ada di Malaysia, Thailand, Taiwan dan Jepun,” katanya.

Syamilatul Hani berkata, dia pernah dianggap pelik kerana mempunyai hobi sebegitu namun tetap mempertaha­nkan minatnya itu.

“Saya pernah diejek sudah dua anak pun masih suka pakai baju dan kasut Hello Kitty. Benda itu sudah lali namun kerana minat tetap diteruskan.

“Bagi saya, hobi ini sangat subjektif, tidak semestinya Hello Kitty untuk kanak-kanak saja kerana zaman sekarang sudah menjadi trend apabila banyak barangan untuk orang dewasa turut dicipta menggunaka­n watak ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia