Harian Metro

Parah dihentak perompak solo

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

 Warga emas cedera di kepala, patah tangan kiri dan muka akibat dipukul dengan batang besi

Seorang penjenayah bukan hanya meragut wanita warga emas, malah tergamak menghentak kepala mangsa dengan besi sehingga cedera parah di sebuah rumah di Seksyen 18, malam semalam.

Perbuatan kejam itu dilakukan penjenayah ketika umat Islam sibuk menunaikan solat Terawih.

Selain rantai leher yang diragut, mangsa, Saadiah Yahaya, 64, cedera di kepala, patah tangan kiri dan muka akibat dipukul dengan batang besi.

Difahamkan, penjenayah menyusup masuk menerusi bumbung rumah bahagian dapur dan turut meloloskan diri menggunaka­n laluan sama.

Anak angkat mangsa, Muhammad Najmie Othman, 28, berkata, ketika kejadian, ibu angkatnya tinggal bersendiri­an kerana dia dan bapa angkatnya, Chumen Salim, 69, menunaikan solat Terawih di masjid berdekatan.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kejadian itu dan bergegas pulang bagi mendapatka­n kepastian. Setibanya di rumah, saya dapati orang ramai sudah mengerumun­i ibu yang berlumuran darah sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ditemui, semalam.

Menurutnya, ibu angkatnya itu kebiasaann­ya ikut sekali menunaikan solat Terawih namun ketika kejadian, dia mahu berehat di rumah.

“Penjenayah dipercayai membuka atap rumah dan memecahkan siling untuk masuk ke dalam rumah. Dia tergamak mencederak­an ibu dengan teruk.

“Ibu terpaksa merangkak keluar sehingga ke pintu pagar luar untuk meminta pertolonga­n. Ia disedari kanak-kanak yang bermain di luar lalu memaklumka­nnya kepada jiran,” katanya.

Muhammad Najmie berkata, biarpun parah, keadaan ibunya dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Shah Alam Selangor (HSAS).

“Ini kejadian pertama menimpa kami sekeluarga, saya bersyukur kerana ibu selamat,” katanya.

 ??  ?? KESAN darah mangsa seorang wanita warga emas di rumahnya Seksyen 18, Shah Alam. Gambar kecil Saadiah mengalami keretakan pada bahagian kepala, patah tangan dan cedera teruk di muka.
KESAN darah mangsa seorang wanita warga emas di rumahnya Seksyen 18, Shah Alam. Gambar kecil Saadiah mengalami keretakan pada bahagian kepala, patah tangan dan cedera teruk di muka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia