Harian Metro

Kerajaan belanja RM2.9j tanggung kos rawatan akibat merokok

-

Kerajaan membelanja­kan lebih RM2.9 juta bagi menanggung kos rawatan tiga penyakit utama akibat merokok.

Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Dr Sirajuddin Hashim berkata, tiga penyakit utama itu merangkumi penyakit jantung koronari, kanser paru-paru dan paru-paru kronik.

“Anggaran kos rawatan bagi seorang perokok antara RM21,000 hingga RM42,000, bergantung jenis penyakit.

“Kos terbabit mengikut kadar di hospital kerajaan, kos yang lebih tinggi mungkin terpaksa ditanggung sekiranya rawatan diperoleh di hospital swasta.

“Justeru, Kementeria­n Kesihatan membuat inisiatif dengan menyediaka­n lebih 40 klinik kesihatan yang menjalanka­n program berhenti merokok,” katanya pada perasmian Sambutan Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Kebangsaan 2018, semalam.

Dr Sirajuddin juga berkata, program Klinik Berhenti Merokok di Hospital Kerajaan’ itu turut menyediaka­n sesi kaunseling, ubat yang berlanjuta­n sehingga enam bulan atau lebih, bergantung kepada individu.

Katanya, terdapat peningkata­n bilangan pendaftar di klinik terbabit iaitu pada 2015 seramai 4,021 orang, seramai 4,435 orang (2016) dan tahun lalu seramai 5,093 orang.

“Daripada jumlah itu, bilangan klien yang berhenti merokok adalah 450 klien pada 2015, 501 klien (2016) dan 658 klien pada 2017.

“Kita mahu masyarakat tahu sekiranya mereka mahu berhenti merokok, ada klinik yang boleh membantu untuk memberhent­ikan tabiat merokok,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datin Dr Nor Akma Yusuf.

Beliau berkata, kempen Nafas Baru Bermula Ramadan ini dilaksana setiap tahun sejak 2003, bagi memberi galakan kepada perokok untuk mengubah tabiat merokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia