Harian Metro

Seluhur budi

- Nor Akmar Samudin news@nstp.com.my

 ABIM, AIBIM bantu keluarga miskin bandar

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutua­n dan Pertubuhan Institut Perbankan Islam Malaysia

(AlBIM) menganjurk­an Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) untuk tahun kedua dengan mengagihka­n beras dan keperluan asas lain kepada 400 keluarga daripada Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang.

Pengagihan itu dilakukan di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah semalam, membabitka­n PPR Seri Sarawak, PPR Seri Selangor, PPR Loke Yew, PPR Tun Razak dan PPR Cochrane.

Presiden ABIM Muhammad Raimi Abd Rahim berkata, agihan itu ditumpukan kepada penduduk di kawasan bandar kerana statistik mencatatka­n 52 peratus kemiskinan adalah di bandar dan 48 peratus lagi kemiskinan di luar bandar.

“Mereka yang tinggal di bandar terpaksa menampung kos sara hidup yang tinggi, jadi ABIM dan AIBIM mengambil peluang pada Ramadan ini untuk memberi sumbangan beras dan keperluan asas lain seperti tepung, gula dan susu agar dapat meringanka­n beban mereka.

“Senarai penerima tahun ini meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lalu hanya 930 keluarga asnaf.

“Kerjasama ini juga memperliha­tkan keprihatin­an Institut Perbankan Islam menyumbang kepada masyarakat bandar yang memerlukan bantuan. Kempen tahun ini menyasarka­n 2,000 keluarga asnaf di Lembah Klang,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Raimi (lima kiri berdiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Islamik Bank, Rizal Il Ehsan Fadil Azim (enam kiri berdiri) bersama sebahagian penerima beras di Masjid Al Bukhary.
MUHAMMAD Raimi (lima kiri berdiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Islamik Bank, Rizal Il Ehsan Fadil Azim (enam kiri berdiri) bersama sebahagian penerima beras di Masjid Al Bukhary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia