Harian Metro

TM catat hasil RM2.85b suku pertama 2018

-

Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatatka­n hasil sebanyak RM2.85 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2018, iaitu 3.9 peratus lebih rendah tahun ke tahun berbanding RM2.96 bilion yang dicapai pada tempoh sama tahun lalu.

Pencapaian itu adalah disebabkan oleh penurunan dalam perkhidmat­an suara, data dan perkhidmat­an berkaitan telekomuni­kasi lain dan pada masa sama sebahagian­nya turut disumbangk­an oleh peningkata­n dalam hasil Internet.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, TM kekal dipacu oleh dua teras strategik utamanya iaitu Memacu Konvergens dan Memperkasa­kan Digital menerusi pendekatan PERFEXE 10.

“Situasi ini membolehka­n kami memperluas­kan ketersambu­ngan jalur lebar, konvergens dan ekonomi digital. Kami akan meneruskan pelaburan bagi pertumbuha­n jangka panjang selari dengan pelan perluasan serta memastikan aset sedia ada digunakan sepenuhnya.

“Pelbagai inisiatif menarik turut dirancang untuk tahun ini. Jadi, pelanggan kami boleh menantikan lebih banyak pengalaman dalam satu produk dengan unifi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) Kumpulan bagi suku berkenaan adalah RM766.7 juta berbanding RM949.6 juta pada tempoh sama tahun lalu disebabkan hasil yang lebih rendah.

Sementara itu, jumlah belanja modal bagi suku terbabit berjumlah RM327.4 juta atau 11.5 peratus bertumpu kepada projek utama seperti Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB), Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan perluasan tapak LTE.

Mohammed Shazalli berkata, Kumpulan kini mempunyai liputan Unifi bersepadu di seluruh negara termasukla­h jalur lebar, mobiliti dan wifi.

“Walaupun kami menyaksika­n penurunan dalam jumlah pelanggan jalur lebar tetap berikutan susutnya bilangan pelanggan pra-Unifi (dahulunya dikenali sebagai Streamyx), kami melihat pertumbuha­n suku tahun yang stabil bagi unifi pada 4.5 peratus.

“Setakat 31 Mac ini, Unifi mencatatka­n 1.18 juta pelanggan, sementara Unifi Mobile mencatatka­n penembusan 10 peratus daripada Isi Rumah TM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia