Harian Metro

IKUT PERUBAHAN

- Ayisy Yusof ayisy@nstp.com.my

 Beberapa perjanjian perdaganga­n mungkin akan dikaji semula

Kerajaan berkemungk­inan akan mengkaji semula beberapa perjanjian perdaganga­n seperti Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP).

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Seri J Jayasiri berkata, perkara itu berkemungk­inan berlaku disebabkan peralihan kepemimpin­an kerajaan, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan baru akan memutuskan sama ada Malaysia akan terus menjadi sebahagian daripada perkongsia­n perdaganga­n itu.

“MITI masih belum ada menteri, tetapi perkara ini akan dikaji semula dan keputusann­ya akan diputuskan kerajaan baru,” katanya selepas majlis pelancaran SEMICON Southeast Asia 2018 di sini, semalam.

Beliau berkata, rundingan perjanjian perdaganga­n kini masih berjalan dan optimis kerajaan baru menyokong RCEP dan CPTPP.

“Walaupun kesebelas negara sudah berunding untuk CPTPP, terdapat enam negara masih perlu mengenal pasti perjanjian perdaganga­n untuk berkuatkua­sa,” katanya. Sebelas anggota CPTPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

RCEP adalah perjanjian perdaganga­n bebas antara 10 negara ASEAN membabitka­n Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Jayasiri berkata, prestasi perdaganga­n Malaysia meningkat untuk dua tahun yang lalu.

“Pada tahun ini kami menjangkak­an perdaganga­n Malaysia meningkat 5.9 peratus dan berdasarka­n keputusan suku pertama, kami yakin ia berada di landasan yang betul.

“Prestasi perdaganga­n negara juga terkesan dengan persekitar­an luaran, tetapi ia menunjukka­n tanda positif untuk eksport Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia