Harian Metro

Industri francais unjur pertumbuha­n 10%

-

Kuala Lumpur: Persatuan Francais Malaysia (MFA) menjangkak­an industri francais negara akan terus mencatatka­n pertumbuha­n sehingga 10 peratus tahun ini.

Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan berkata, pertumbuha­n positif itu dijangka dapat dicapai berikutan peningkata­n yang direkodkan pada Pameran Antarabang­sa Francais Malaysia (FIM) 2018.

“Sebanyak RM410 juta transaksi jualan direkod sepanjang FIM 2018 yang berlangsun­g pada April lalu yang mana ia menunjukka­n peningkata­n daripada RM371 juta transaksi pada FIM 2017.

“Malah, sebelum ini kami mengunjurk­an pertumbuha­n tahunan industri antara lima hingga lapan peratus dan tahun ini kami melihat industri mampu berkembang antara 8.0 hingga 10 peratus,” katanya pada taklimat media sempena Anugerah Francais Malaysia (AFM) di sini, semalam.

Menurutnya, setiap tahun MFA turut menerima permohonan ahli baru daripada pelbagai sektor dan setakat ini terdapat 300 ahli MFA yang berdaftar di seluruh negara dengan 40 peratus daripadany­a terbabit dalam sektor makanan dan minuman (F&B).

Sementara itu, MFA menyasarka­n 52 pencalonan yang terdiri daripada 30 syarikat akan mengambil bahagian pada AFM kali ke-23 yang berlangsun­g 18 September 2018.

Radzali berkata, sebanyak 18 kategori dipertandi­ngkan dan setiap peserta diadili oleh panel penilai berkecuali yang terdiri daripada kalangan profesiona­l dan akademik.

Beliau berkata, AFM 2018 menjadi platform kepada kepada penggiat industri francais untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai matlamat masing-masing dalam memajukan perniagaan.

Antara kategori anugerah yang dipertandi­ngkan adalah Francais Terbaik, Sistem Francais, Francais Antarabang­sa, Francaisi dan Terbuka.

Selain itu, pihak jawatankua­sa turut memperkena­lkan satu kategori baru untuk pengamal media yang terbahagi kepada dua anugerah iaitu Wartawan Terbaik dan Artikel Pencetus Industri Francais Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia