Harian Metro

ETCM tawar rebat

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

Selari dengan langkah kerajaan yang mengumumka­n penetapan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) turut menawarkan rebat bagi pelanggan kenderaan Nissan dari 16 hingga 31 Mei 2018.

Selain itu, ETCM turut mengumumka­n penurunan harga kenderaann­ya selari dengan kadar cukai yang baru itu.

ETCM dalam kenyataan berkata, di bawah promosi rebat itu, syarikat itu akan menyediaka­n rebat tunai kepada kenderaan penumpang Nissan yang didaftarka­n dalam tempoh berkenaan.

Katanya, dengan rebat GST itu yang dikuat kuasa, Janji Perlindung­an Harga kini

tidak lagi sah.

“Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menikmati ganjaran duit raya melalui promosi Blissful Journey

with Nissan sepanjang Mei ini.

“ETCM juga akan memberi tawaran hadiah kepada lima pelanggan bertuah yang berpeluang membawa pulang kerusi urut OSIM uLove Massage bernilai RM19,988 dan hadiah lain sehingga RM450,000 dengan pembelian kenderaan Nissan yang baru,” katanya.

Melalui promosi ini, pelanggan yang ingin mendapatka­n model Nissan Almera berpeluang menikmati rebat GST sebanyak RM4,625 dan ganjaran duit raya sehingga RM10,000, rebat GST RM5,783 dan ganjaran duit raya sehingga RM7,000 (Grand Livina), rebat GST RM8,506 dan ganjaran duit raya sehingga RM5,000 (Teana) dan rebat GST RM8,304 serta ganjaran duit raya sehingga RM10,300 (Serena S-Hybrid serba baru).

 ??  ?? NISSAN Almera Nismo.
NISSAN Almera Nismo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia