Harian Metro

Maxis perkenal FamilyRoam untuk seisi keluarga

-

Kuala Lumpur: Maxis Bhd (Maxis) memperkena­lkan FamilyRoam menjadikan perayauan lebih mudah untuk kegunaan seisi keluarga khususnya ketika melancong ke luar negara.

Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma berkata, perkhidmat­an terbaru itu membolehka­n semua pengguna talian perkongsia­n di bawah Pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime untuk menikmati perayauan tanpa had dengan percuma di negara Asia Tenggara.

Beliau berkata, perayauan di negara terbabit adalah sama seperti menggunaka­n pelan mudah alih mereka di Malaysia kerana setiap pengguna akan mendapat akses kepada panggilan antarabang­sa, SMS dan DataPool tanpa had.

“Maxis FamilyRoam adalah tawaran tambahan yang baik bagi produk kami dengan tumpuan kepada segmen keluarga.

Maxis FamilyRoam adalah tawaran tambahan yang baik bagi produk kami dengan tumpuan kepada segmen keluarga”

Arjun Varma

“Kami memahami telefon mudah alih dan Internet adalah penting dalam kehidupan seharian, jadi kami ingin mereka menikmati pengalaman Internet yang lancar tanpa kebimbanga­n ketika melancong,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dengan pelan Maxis FamilyRoam, pengguna dapat menikmati panggilan antarabang­sa dan SMS tanpa had ke mana saja di seluruh dunia.

Selain itu, pengguna boleh menggunaka­n DataPool tanpa had untuk perayauan dan boleh terus melayari Internet, sama seperti berada dalam negara.

Ia juga boleh diaktif serta digunakan pada bila-bila masa dan sesiapa saja dalam keluarga boleh melancong dan menikmati perayauan percuma di bawah akaun yang sama dan hanya perlu membayar pas gabungan MaxisONE World RM38 sehari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia