Harian Metro

Muslim dicadang tidak bekerja ketika Ramadan

-

Helsinki: Seorang menteri Denmark menegaskan, penduduk beragama Islam tidak seharusnya bekerja ketika Ramadan kerana tempoh berpuasa selama sebulan memberi bahaya keselamata­n dalam sesetengah kerjaya dan menjadikan amalan itu ‘berbahaya untuk kita semua.’

Menteri Integrasi Inger Stoejberg, anggota tegar kerajaan pakatan haluan tengah kanan Denmark, mempersoal­kan amalan itu dalam catatan blog diterbitka­n semalam, ‘bagaimana pematuhan terhadap tunjang Islam berusia 1,400 tahun bersesuaia­n dengan tuntutan pasaran buruh zaman moden.’

Dalam tulisan diterbitka­n akhbar tabloid Denmark, BT, dilaporkan Associated Press (AP), Stoejberg memetik pemandu bas sebagai contoh pekerja yang mana prestasiny­a mungkin terjejas akibat tidak makan dan minum pada waktu siang sepanjang bulan puasa.

Beliau menggesa semua penduduk Muslim mengambil cuti bekerja ketika Ramadan ‘bagi mengelak kesan negatif untuk seluruh masyarakat Denmark.’

Pengerusi Kesatuan Muslim Wanita Finland, Pia Jardi menggelar cadangan menteri terbabit sebagai ‘idea yang jelas tidak masuk akal.’

“Tiada maklumat atau statistik menunjukka­n, pemandu bas atau pekerja Muslim lain akan berkelakua­n bahaya ketika berpuasa.

“Di kebanyakan negara Islam, kedai dan premis perniagaan beroperasi seperti biasa,” kata Jardi.

Katanya, umat Islam yang komited berpuasa juga ‘memiliki tanggungja­wab untuk memastikan mereka mendapat rehat yang cukup.’

Jutaan umat Islam di seluruh dunia mula menyambut Ramadan minggu lalu. -Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia