Harian Metro

16 korban letupan van sarat bom

-

Sekurang-kurangnya 16 terbunuh manakala 38 lagi cedera semalam apabila sebuah van mini yang penuh dengan bahan letupan meletup ketika pasukan keselamata­n cuba mematikann­ya di selatan Afghanista­n, kata pegawai.

Jurucakap gabenor, Daud Ahmadi berkata, anggota keselamata­n di Kandahar mengosongk­an kawasan sekitar sebuah stesen bas di mana van itu ditemui.

“Ketika anggota keselamata­n cuba mematikan bom di van berkenaan, ia meletup,” kata jurucakap polis, Mohammad Qasim Azad.

“Angka terbaru menunjukka­n 16 maut dan 38 lagi cedera dibawa ke hospital. Kami masih menempatka­n dua ambulans di lokasi kerana bimbang ada mangsa terperangk­ap di bawah sisa runtuhan bangunan,” kata pengarah Hospital Mirwais, Dr Nehmat Barak.

Daud mengesahka­n jumlah kematian dan menambah antara mangsa yang maut termasukla­h empat anggota keselamata­n.

Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan 10 anggota keselamata­n antara mangsa yang dilaporkan cedera.

Letupan itu sangat kuat dan majoriti mangsa yang cedera dan maut adalah orang ramai yang berada di luar kawasan yang dikosongka­n.

Kata Ahmadi, anggota keselamata­n juga menemui sejumlah besar letupan, pelancar roket, jaket pengebom berani mati dan peluru di kawasan berkenaan.

“Pengganas merancang serangan besar-besaran pada akhir Ramadan di bandar ini ketika orang ramai keluar untuk membeli belah sempena sambutan Aidilfitri. Pasukan keselamata­n berjaya menghalang bencana daripada berlaku,” kata seorang pegawai keselamata­n. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia