Harian Metro

Tuntut junta segera adakan pilihan raya

-

Bangkok: Penunjuk perasaan antikeraja­an berhimpun di Bangkok semalam, bermula dari sebuah universiti hingga ke Rumah Kerajaan bagi menuntut kerajaan junta mengadakan pilihan raya umum November depan sekali gus mengembali­kan demokrasi di negara itu.

Rumah Kerajaan dan jalan sekitarnya diisytihar­kan zon tidak boleh dilalui oleh polis untuk perarakan pembangkan­g, menandakan empat tahun sejak rampasan 22 Mei 2014 serta memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya tidak melanggar larangan junta dengan mengadakan perhimpuna­n awam.

Polis mendirikan penghadang di sesetengah jalan berhampira­n universiti dan menjalanka­n pemeriksaa­n keselamata­n.

Lebih 100 penunjuk perasaan berjalan dalam barisan di belakang sebuah trak bersama pembesar suara sambil diperhatik­an polis, menurut wartawan Reuters di tempat kejadian.

Seorang penganjur protes, Sirawith Seritiwat, juga dikenali Ja New, berkata, penunjuk perasaan merancang bantahan aman.

“Saya berharap mereka membenarka­n kami berjalan. Kami tiada hasrat memanjangk­an aktiviti hari ini. Saya fikir mereka cuba menghalang, namun kami tidak akan menggunaka­n keganasan,” kata Sirawith kepada Reuters.

Polis berkata, sekitar 200 penunjuk perasaan berhimpun.

Kerajaan sebelum ini berulang kali menangguhk­an pilihan raya umum, kali pertama ditetapkan pada 2015, dengan tarikh terbaharu adalah Februari 2019. Sesetengah bimbang tarikh itu mungkin dilanjutka­n.

Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan memberitah­u media yang berkumpul di Rumah Kerajaan, penunjuk perasaan dialu-alukan menghantar wakil ke pejabat Perdana Menteri. -Reuters

 ??  ?? PENUNJUK perasaan memegang sepanduk ketika berhimpun di luar Universiti Thammasat sempena ulang tahun keempat pemerintah­an tentera di Bangkok, Thailand semalam. - AFP
PENUNJUK perasaan memegang sepanduk ketika berhimpun di luar Universiti Thammasat sempena ulang tahun keempat pemerintah­an tentera di Bangkok, Thailand semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia