Harian Metro

Kasih ibu bawa maut

- Daily Mail

 Bekas model Playboy tolak anak, terjun dari tingkat 25 kerana dihalang bawa bercuti ke Eropah

Kerana tidak dibenarkan membawa anak lelakinya bercuti ke Eropah, seorang bekas model Playboy membunuh budak berusia tujuh tahun itu dengan menolak mangsa keluar dari suite kediaman mereka di tingkat 25 sebuah hotel mewah di Manhattan sebelum turut terjun membunuh diri.

Menurut laporan bedah siasat didedahkan penyiasat di New York City, kematian Stephanie Adams, 46, di Hotel Gotham itu disahkan bunuh diri, namun kematian anaknya Vincent disifatkan kes bunuh, lapor New York Daily News. Dua beranak itu meninggal dunia Khamis lalu.

Stephanie dan bapa Vincent, kiroprakto­r Charles Nicolai sedang berebut hak penjagaan kanak-kanak itu. Nicolai dikatakan amat terkejut dengan kejadian itu.

Seorang pekerja rencam bernama Shaun dipetik New York Post berkata: “Saya syak dia mencampak anaknya keluar dulu sebelum menyusul. Tetamu kami melaporkan terdengar bunyi kecil diikuti dentuman lebih kuat.

“Saya masih terkejut dengan kejadian ini.”

Stephanie dilaporkan tidak meninggalk­an nota terakhir. Dia dan anaknya menghuni bilik itu pada jam 6 petang Khamis (waktu tempatan) dan dipercayai jatuh sebelum jam 8.30 pagi keesokanny­a dari tingkap di bahagian belakang bangunan.

Kedua-duanya terjatuh ke atas balkoni di tingkat dua dan diisytihar­kan mati di tempat kejadian.

Rakan Stephanie yang tidak mendedahka­n namanya memberitah­u, wanita itu kecewa selepas bekas suaminya enggan membenarka­nnya membawa Vincent bercuti di Eropah untuk musim panas.

“Dia begitu sayangkan anaknya. Anak itu bagaikan nyawanya, kejadian ini terlalu teruk.

“Malah Stephanie begitu sayangkan Vincent sehingga tidak menghantar­nya ke sekolah, sebaliknya sanggup mengajarny­a sendiri untuk menghabisk­an lebih banyak masa bersama,” katanya.

Menurutnya, dia terkejut dengan kejadian itu tetapi mengakui pernah menasihatk­an Stephanie supaya mendapat kaunseling kerana mengalami pelbagai tekanan emosi sejak kebelakang­an ini.

“Namun saya tidak pernah menyangka dia mungkin membunuh diri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia