Harian Metro

Mati ‘legakan’ diri

-

Amsterdam: Seorang pemuda warga Britain mati lemas selepas hilang imbangan dan terjatuh ke dalam terusan di Amsterdam ketika membuang air kecil di situ.

Sebelum kejadian, beberapa saksi melihat mangsa berusia 21 tahun itu berjalan di tebing terusan di tengah bandar itu ketika lewat tengah malam.

Dia bagaimanap­un hilang keseimbang­an badan sebelum terjatuh.

Orang ramai cuba membantu menarik mangsa ke darat, namun tidak berjaya.

Perkhidmat­an kecemasan terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian bersama unit bomba dan dua ambulans untuk menyelamat­kan mangsa, namun dia berjaya ditarik keluar dengan bantuan pasukan menyelam khas.

Pasukan perubatan cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa, namun dia disahkan meninggal dunia di hospital selepas itu.

Jurucakap polis mengesahka­n kejadian yang membabitka­n pemuda itu dan namanya tidak didedahkan kerana terdapat undang-undang privasi tempatan.

Perkhidmat­an Kesihatan Awam Amsterdam (GGD) sebelum ini sudah mengeluark­an larangan kepada orang ramai mengenai bahayanya membuang air kecil di kawasan terusan ketika mabuk.

GGD berkata, terdapat kira-kira 200 orang dilaporkan lemas setiap tahun dengan 20 kes dilaporkan berlaku di Amsterdam.

Sebahagian besar kematian ini membabitka­n lelaki mabuk yang terjatuh ke dalam terusan ketika membuang air kecil, kata mereka. Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia