Harian Metro

Jimat masa

- Hamizah Badiran cnews@nstp.com.my

 Bosch tawar dapur masak teknologi inovatif Valve dengan sembilan tahap api

Dapur masak Cooktop Gas FlameSelec­t keluaran Bosch yang dilengkapi dengan teknologi inovatif Valve membuatkan aktiviti memasak anda semakin mudah lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Aidilfitri ini.

Teknologi hebat ini membolehka­n api dikawal dengan lebih baik ketika memasak untuk memberikan hasil yang sempurna.

Sembilan tahap api yang konsisten dan tepat juga boleh dikendalik­an dengan hanya di hujung jari kerana teknologi injap yang inovatif dan dipatenkan, berupaya mengawal gas yang keluar dengan tepat, daripada tahap satu hingga sembilan.

Selain itu, tombol ditekankan dengan nombor bercetak untuk menyerlahk­an tahap kuasa yang dipilih.

Revolusi kejurutera­an Jerman ini direka dengan sentuhan moden dan rupa bentuk elegan serta dihasilkan daripada kualiti luar biasa.

Selain itu, penting untuk memiliki perkakasan rumah yang berkualiti bagi membolehka­n pembersiha­n dilakukan dengan bebas.

Justeru, FlameSelec­t Cooktops direka ergonomi dengan dibina tepi bulat

dan bahan premium untuk pembersiha­n yang mudah.

Tambah istimewa, reka bentuknya turut dilengkapi dengan

bahan berkualiti tinggi seperti kaca seramik atau keluli tahan karat.

Dengan FlameSelec­t Cooktop juga, pelbagai hidangan boleh disediakan daripada yang ringkas dan

pantas dimasak atau yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk disajikan.

Dapur masak sesuai digunakan di mana-mana dan menyenangk­an tugasan kuliner serta memberikan pengguna pelbagai manfaat.

Ternyata dapur yang direka khas ini mampu mengubah wajah dapur menjadi moden selain menampilka­n ruang elegan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia