Harian Metro

JELLSON TEKAD GEGAR WUHAN

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

 Mahu bukti kemampuan pada penampilan sulungnya

Penerjun muda negara, Jellson Jabillin mahu menjadikan penampilan sulungnya di kejohanan besar seperti Piala Dunia FINA 2018 di Wuhan, China yang dijadual bermula pada 5 hingga 10 Jun ini sebagai platform untuk membuktika­n kemampuann­ya.

Sambil mengakui agak gementar kerana bakal berdepan ramai pesaing hebat, Jellson tetap mengimpika­n untuk menyajikan aksi terbaik.

Pada masa sama, atlet berusia 17 tahun itu menjelaska­n dia ketika ini sedang menyesuaik­an diri dengan keadaan kolam kerana dia serta penerjun lain berada di China bagi menjalani latihan.

“Ini adalah penampilan pertama saya di Piala Dunia jadi sudah semestinya saya ingin melakukan yang terbaik walaupun ada sedikit rasa gementar serta kemunculan penerjun-penerjun yang kuat,” kata Jellson ketika dihubungi, semalam.

Jellson dijangka beraksi dalam acara 10 meter platform seirama campuran bersama penerjun berpengala­man negara, Leong Mun Yee. Mereka pernah memenangi pingat emas dalam acara ini ketika beraksi di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lalu selepas mengutip 311.94 mata, mengatasi gandingan Singapura dan Indonesia.

“Saya OK apabila berganding­an bersama Mun Yee. Ketika Sukan

SEA kami dapat keputusan yang bagus, jadi saya harap boleh buat yang terbaik juga di Piala Dunia,” kata atlet kelahiran Sabah itu.

Sebelum ini, Jellson yang beraksi dalam acara 10 meter platform seirama lelaki bersama Hanis Nazirul Jaya Surya di temasya Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia menamatkan aksi final di tempat keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia