Harian Metro

Harap magis beregu

-

 Denmark akui miliki gandingan terbaik, mampu atasi Malaysia

Skuad Piala Thomas Denmark tidak berselindu­ng bahawa persaingan beregu lelaki menjadi penentu bagi aksi terakhir Kumpulan D menentang Malaysia hari ini.

Mads

Pieler

Kolding

(gambar)

yang berada dalam skuad selaku pasangan nombor satu bersama

Mads Conrad-Petersen, mendedahka­n Denmark mempunyai kelebihan dalam acara beregu walaupun mereka melakukan pemecahan gandingan.

Selepas ketiadaan Carsten Mogensen (juga tidak beraksi pada edisi 2016) pasanganny­a, Mathias Boe berganding dengan Mathias Christians­en dalam perlawanan sulung mereka menentang Algeria, apabila penyandang juara itu mengalahka­n juara Afrika 5-0.

Untuk rekod, Boe-Christians­en belum tumpas dalam saingan Piala Thomas termasuk ketika digandingk­an sementara pada edisi 2016.

“Acara beregu sudah semestinya akan menjadi penentu kepada aksi menentang Malaysia esok. Memang Conrad-Petersen dan saya adalah pasangan nombor satu tapi kami boleh mengubah gandingan.

“Saya percaya skuad Denmark mempunyai ramai pemain berkemampu­an dan kita lihat esok sama ada kami akan memutuskan Boe-Christians­en atau pasangan kedua (Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen), atau boleh memecahkan gandingan itu.

“Saya menyatakan acara beregu menjadi kunci kejayaan kerana apa saja boleh berlaku menentang Malaysia.

Jika Viktor

(Axelsen) tumpas dalam perlawanan pertama, kami akan bergantung harap kepada beregu untuk menyamakan kedudukan.

“Ia tidak sama seperti dua tahun lalu, tapi kami berharap mampu mengulangi­nya. Pemahaman kami mudah. Kami bebas dan mudah, kerana kami tahu apa kami mahukan.

“Kami mengharapk­an aksi terbaik esok,” kata Kolding yang membantu Denmark meraih mata kedua menentang Russia dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan. Denmark yang tidak merehatkan pemain terbaik mereka menang 5-0 untuk berada di tangga teratas Kumpulan D.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia