Harian Metro

Skuad wanita negara tumbang

-

Skuad badminton wanita negara sekali lagi gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Uber selepas tumpas 1-4 kepada pasukan pilihan, China dalam aksi kedua Kumpulan D di Arena Impact, Muang Thong Thani, semalam.

Perseorang­an wanita nombor satu negara, Soniia Cheah (gambar) bermula dengan cemerlang, namun gagal bertahan hingga set penentuan apabila kalah 21-18, 20-22, 18-21 kepada pemain kelima terbaik dunia, Chen Yufei.

Pada aksi beregu pertama, pasangan nombor satu dunia, Chen Qingchen-Jia Yifan terlalu kuat buat gandingan pecahan, Goh Yea Ching-Soong Fie Cho, selepas mereka tumpas 9-21, 8-21 dalam tempoh 30 minit.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei berjaya memberi sinar harapan buat Malaysia untuk bangkit apabila mengejutka­n pemain nombor lapan dunia, He Bingjiao 21-9, 17-21, 21-13.

China yang juga penyandang juara, mengesahka­n kemenangan dan menempah tempat ke suku akhir apabila beregu kedua mereka, Huang Dongping-Yu Zheng mengalahka­n gandingan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan 21-19, 21-15.

Perseorang­an ketiga Lee Ying Ying yang beraksi sekadar pelengkap jadual turut tumpas 16-21, 15-21 kepada Gao Fangjie.

Malaysia akan menentang Perancis pada aksi terakhir hari ini, manakala China berdepan Indonesia untuk penentuan juara kumpulan.

Kali terakhir

Malaysia berjaya melepasi peringkat kumpulan dalam saingan

Piala

Uber adalah pada

2010 di

Kuala

Lumpur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia