Harian Metro

Skuad negara ratah Algeria, mara suku akhir

-

Bangkok: Malaysia mengesahka­n tiket ke suku akhir Piala Thomas selepas membenam Algeria 5-0 pada aksi kedua Kumpulan D, semalam.

Malaysia akan berdepan juara bertahan, Denmark hari ini untuk menentukan pendahulu kumpulan.

Biarpun merehatkan pemain utama mereka, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong, skuad lelaki negara tidak berdepan masalah untuk menyingkir­kan juara Afrika itu.

Dalam acara perseorang­an pertama, pemain nombor dua negara Lee Zii Jia menewaskan Youcef Sabri Medel 21-6, 21-13, sebelum Iskandar Zulkarnain Zainuddin menyingkir­kan Mohamed Abderrahim­e Belarbi 21-7, 21-9 untuk membolehka­n Malaysia mendahului 2-0.

Pendatang baru Leong Jun Hao, tidak menunjukka­n rasa gentar apabila mencatat kemenangan 21-13, 21-8 ke atas kapten Algeria Adel Hamek, sekali gus memastikan kemenangan Malaysia.

Pasangan bidan terjun, Teo Ee Yi-Mohd

Arif Latif juga mudah menangani lawan mereka

Koceila

Mammeri-Youcef, apabila menang 21-12,

21-10.

Naib juara Cabaran Antarabang­sa Malaysia,

Aaron Chia-Soh

Wooi Yik melengkapk­an kemenangan 21-11, 21-15 ke atas Abderrahim­e-Adelin pada perlawanan terakhir.

Algeria akan berdepan Russia hari ini.

 ??  ?? JUN Hao mudah benam Hamek.
JUN Hao mudah benam Hamek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia