Harian Metro

Sesi rayuan boleh atas talian

-

Ketika saya menjadi ahli panel kes Bodin dan Maneepong, kami menggunaka­n Skype”

Ng Chin Chai

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata, sesi pendengara­n rayuan buat kedua-dua pemain yang digantung, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang tidak semestinya diadakan secara fizikal.

Menurutnya sesi pendengara­n rayuan juga boleh dijalankan secara atas talian seperti menggunaka­n Skype, jika ia dipersetuj­ui oleh tiga ahli panel.

Chin Chai yang pernah menjadi panel bebas pada 2013 (perbicaraa­n pemain Thailand, Bodin Issara dan Maneepong Jongjit) berkata, beliau ketika itu berbincang bersama ahli lain menerusi Skype.

“Saya tidak mengesahka­n mereka akan menggunaka­n cara berkenaan, namun ia tidak mustahil, kita tidak tahu.

“Ketika saya menjadi ahli panel kes Bodin dan Maneepong pada 2013, kami menggunaka­n

Skype.

“Sebagai badan induk dan ahli Persekutua­n Badminton Dunia (BWF), kami akan membabitka­n diri. Malah, mempunyai hak untuk menghantar wakil bagi mendengar proses pendengara­n rayuan,” kata Chin Chai yang berada di Bangkok selaku pengurus pasukan skuad Piala Thomas negara.

Chin Chai juga mengesahka­n Zulfadli dan Chun Seang yang sebelum ini dikenakan hukuman penggantun­gan selama 20 dan 15 tahun serta denda AS$25,000 (RM98,000) dan AS$15,000 (RM59,000), sudah mengemukak­an rayuan kepada BWF sebelum tarikh akhir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia