Harian Metro

Sedia jumpa Eli

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail tidak mahu isu membabitka­n dakwaan bekas atlet gimnastik artistik negara, Nur Eli Ellina Azmi berpanjang­an.

Malah, beliau bersedia bertemu Eli bagi membincang­kan segala isu berbangkit agar ia dapat diselesaik­an secara baik demi kemajuan sukan negara.

Shapawi yang ditemui berkata, isu membabitka­n Eli mula timbul kerana ia berkisar kepada proses pemilihan atlet ke dalam program di bawah kendalian MSN selepas tamat Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

“Ia berlaku dalam tempoh ‘cooling period’ yang mana selepas tamat KL2017 tiada satupun atlet ditawarkan kontrak.

“Sejak dari September tahun lalu tiada sebarang kontrak dikeluarka­n sehinggala­h November.

“Pemberian elaun hanya akan berlaku apabila atlet ditawarkan kontrak dan pada ketika itu hanya atlet ke Komanwel menerima elaun dan Eli tidak terpilih.

(gambar)

“Eli seharusnya tahu prosedur ini kerana dia bersama MSN sejak 2008,” katanya.

Shapawi menjelaska­n MSN bersama Persekutua­n Gimnastik Malaysia dalam satu mesyuarat pada November lalu menamakan tiga gimnas iaitu Farah Ann Abdul Hadi, Tracy Ang dan Tan Ing Yueh ke temasya Komanwel, di samping pemilihan Nur Azira Aziri sebagai gimnas keempat atas beberapa faktor.

Tegasnya, pemilihan atlet ke temasya utama seperti Komanwel bukan di bawah bidang kuasa MSN dan ia adalah hak mutlak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan masing-masing.

Katanya, MSN hanya membantu menyediaka­n atlet supaya lebih mantap dan bersedia untuk bersaing ke peringkat tertinggi.

“Saya mahu perkara ini diselesaik­an secara baik. Jika boleh tidak mahu perkara ini berpanjang­an. Eli boleh datang bertemu dengan saya dan saya boleh dengar penjelasan­nya,” katanya.

Sebelum itu, Eli mendakwa MSN berbohong dan tidak berlaku adil dalam mengendali­kan kes membabitka­n dirinya selepas luahan perasaan dalam laman sosial Instagram menjadi tular.

Eli antara gimnas yang menyumbang emas dalam acara berpasukan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) yang lalu menegaskan kenyataan dikeluarka­n MSN bagi menjawab kenyataann­ya itu bercanggah daripada perkara sebenar.

Tegasnya, dia hanya mahu menuntut keadilan bagi membersihk­an namanya dan tiada niat untuk menyalahka­n sesiapa termasukla­h MSN mahupun Persekutua­n Gimnastik Malaysia (MGF).

Atlet berusia 23 tahun ketika ditemui berkata, apa yang dilakukann­ya kini adalah untuk menjelaska­n perkara sebenar agar atlet senasib dengannya terbela.

“Saya mahu MSN berkata perkara sebenar. Jangan putar belit keadaan. Cakap perkara yang betul.

“MSN semalam menerusi satu kenyataan media menyatakan ada pegawainya bertemu dengan saya tapi sejak surat dihantar kepada

 Shapawi mahu bincang segala isu berbangkit

mereka sehinggala­h saya bersara tiada seorangpun dari pihak MSN datang bertemu saya.

“Yang kedua, pemilihan ke Sukan Komanwel tidak adil. Mereka berkata surat bertarikh 3 Oktober 2017 memaklumka­n nama saya tidak terpilih ke Komanwel sedangkan senarai akhir hanya akan diputuskan pada 8-9 Januari.

“Saya juga diminta untuk menjalani latihan tetapi tidak diberikan elaun, tempat tinggal dan makanan,” katanya.

Eli dalam kenyataann­ya di dalam laman sosial Instagram mengatakan tenaga atlet dikerah untuk Sukan SEA dan selepas itu sekurang-kurangnya untuk tempoh empat hingga enam bulan semua atlet ‘makan pasir’ apabila tidak diberi elaun.

Tiada atlet berani bersuara kerana mereka adalah atlet sepenuh masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia