Harian Metro

Megat Zulkarnain letak jawatan timbalan CDM

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat untuk memastikan pencak silat mampu menghadirk­an kilauan emas kepada negara menjadi asas Setiausaha Agung Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Chef-de-Mission (CDM) Sukan Asia 2018.

Menurutnya, pencak silat yang pertama kali dipertandi­ngkan di pentas Sukan Asia memerlukan perhatian penuh daripadany­a bagi memastikan ia berlangsun­g seperti sepatutnya selain memberi “tekanan” kepada pihak penganjur.

“Silat akan berlangsun­g selama lapan hari dan saya perlu berada di gelanggang (Jakarta) setiap masa kerana kami antara yang diharapkan mampu menyumbang emas kepada negara,” kata Megat yang menyerahka­n surat rasmi pengundura­nnya kepada MOM hari ini.

“Jadi jika saya perlu ke lokasi lain termasuk di Palembang, saya bimbang tidak dapat memberikan tumpuan yang penuh kepada silat.”

Pada masa sama, Megat menolak andaian tindakan berkenaan adalah susulan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kepada Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang juga CDM kontinjen negara ke Sukan Asia 2018.

“Ia tidak ada kaitan dengan pemilihan MOM tempoh hari cuma untuk bekerjasam­a dengan sesiapa saja, perlu ada persamaan dalam banyak perkara. Jadi saya fikir ramai lagi calon yang layak dan MOM mempunyai tempoh yang cukup mencari pengganti,” katanya.

Selepas cemerlang mempamerka­n dominasi di Sukan SEA tahun lalu, pesilat negara sememangny­a diharapkan mampu meraih emas di pentas Sukan Asia selepas melakukan persiapan yang rapi.

Edisi ke-18 temasya terbesar benua Asia berkenaan dijadualka­n berlangsun­g di Jakarta dan Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia