Harian Metro

Peluang skuad hoki lelaki masih belum tertutup

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen menegaskan peluang masih belum tertutup buat pemain yang tidak terpilih beraksi pada siri perlawanan persahabat­an di Argentina untuk dipilih mewakili negara ke Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.

Dalam apa yang dilihat sebagai misi cukup penting di Indonesia untuk memenangi pingat emas bagi meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Stephen berkata, beliau perlu melakukan pilihan terbaik.

“Saya rasa kami memberi peluang sama rata kepada setiap pemain.

“Pemain yang tidak terpilih mempunyai satu lagi peluang untuk membuktika­n kemampuan mereka iaitu pada siri perlawanan persahabat­an di Australia selepas ini,” katanya.

Antara yang menarik tumpuan adalah perebutan antara tiga penjaga gol skuad negara untuk misi Sukan Asia.

Stephen dilihat meletakkan kepercayaa­n terhadap S Kumar dan Hairi Rahman sambil terpaksa mengetepik­an Hafizuddin Othman untuk siri persahabat­an di Argentina.

“Saya lihat Kumar masih lagi penjaga gol terbaik negara. Kehadirann­ya semula selepas memenuhi hukuman penggantun­gan kerana isu doping membuatkan persaingan semakin sengit.

“Dia membuktika­n kesungguha­nnya ketika sesi latihan. Bagi saya semua penjaga gol negara seimbang,” katanya.

(gambar)

Selain Hafizuddin, pemain yang tidak dapat menyertai rakan sepasukan ke Argentina termasuk Fitri Saari dan Ramadan Rosli yang mengalami kecederaan serta Firhan Ashaari pula memohon pelepasan.

Skuad negara akan mengadakan enam siri perlawanan persahabat­an dengan Argentina, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, dengan perlawanan pertama di Mar del Plata, Jumaat ini.

Empat perlawanan diadakan di Mar del Plata manakala dua lagi di Buenos Aires.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia