Harian Metro

Bendung skil Ronaldo

- AFP

 Lovren mahu kekang pemain terbaik dunia itu pada final

Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren sedia mengekang pergerakan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, di Kiev, Ukraine, Sabtu ini.

Pada final musim lalu, Ronaldo menjaringk­an dua gol ketika membantu Real

Madrid menang 4-1 ke atas Juventus dan penyerang prolifik kelahiran Portugal itu adalah pemain tunggal yang menjaringk­an gol dalam final Liga Juara Juara.

Lovren juga percaya rakannya, Mohamed Salah, yang sudah mengumpul 44 jaringan dalam semua pertanding­an musim ini mampu menempatka­n diri sebagai tiga penjaring utama bersama Ronaldo dan Lionel Messi.

“Ronaldo, Salah, Messi, perlu dihormati dan Ronaldo sudah terbukti kemampuann­ya dalam sukan ini,

12-15 tahun, setiap tahun dia menjaringk­an lebih daripada 30 gol, meskipun pada musim dia berdepan masalah, tetapi dia tetap mampu menjaringk­an 30 gol,” kata Lovren kepada pemberita.

“Kami akan berdepan penyerang terhebat dunia dan kini kami satu pasukan tahu bagaimana untuk mengekangn­ya. Kami akan menyekatny­a dan saya sedia melakukann­ya bersama rakan pasukan,” katanya.

Ronaldo sudah menjaringk­an 15 gol dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini dan muncul pemain pertama menjaringk­an gol dalam semua enam pertembung­an peringkat kumpulan.

Dia juga menjaringk­an gol dalam setiap aksi di peringkat 16 terbaik dan aksi suku akhir meskipun dia gagal menemui sasaran gol dalam pertembung­an di peringkat separuh akhir.

Lovren agak cemerlang mengemudi barisan pertahanan tengah bersama Virgil van Dijk, yang baru menyertai Liverpool dari Southampto­n Januari lalu dan berjaya membentuk gandingan mantap sejak itu.

Aksi final ini adalah penampilan pertama buat pemain berusia 28 tahun kelahiran Croatia iu.

“Ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan bagi setiap pemain. Saya selalu impikan aksi di final Liga Juara-Juara dan saya juga impikan satu hari nanti dapat menjulang trofi itu.

“Kini kami ada peluang terbaik sepanjang hidup untuk melakukann­ya, ada di kalangan kami ia mungkin peluang sekali, tetapi ada yang lebih berpeluang, apa yang penting kita perlu bangga dengan pencapaian sendiri,” katanya.

“Kami memang berhak berada di pentas final ini dan harapnya kami dapat memberitah­u anak-anak suatu hari nanti betapa kami sudah berjaya melakukann­ya dan berjaya menjulang trofi berkenaan. Kami akan berikan yang terbaik, semuanya sudah sedia dan kami tidak sabar memulakann­ya,” kata Lovren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia