Harian Metro

GUGUR SAAT AKHIR

-

pemain lain tercicir ke

Russia meskipun minggu lalu namanya disenaraik­an dalam 35 pemain pilihan awal untuk ke kejohanan itu.

Pemain berusia 25 tahun itu tampil pertama kali membantu kempen Argentina pada Oktober 2013, namun selepas empat tahun berkelana ke Itali sebelum sekali lagi dipanggil September lalu untuk membantu Argentina mengharung­i kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

Argentina yang tewas 0-1 di tangan Jerman dalam masa tambahan final Piala Dunia 2014 di Brazil sekali lagi bergantung kepada sentuhan pemain bintangnya, Lionel Messi yang mungkin menjadi kempen terakhirny­a.

Penerima anugerah Ballon d’Or lima kali itu bakal mengetuai barisan serangan Argentina bersama gandingan pemain Juventus, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain bersama peledak Manchester City, Sergio

Aguero.

“Matlamat kami adalah untuk mencapai tahap tertinggi di

Piala Dunia.

Kami akan berdepan saingan yang sangat sengit. Kami akan bergantung kepada corak permainan menyerang,” kata Sampaoli kepada media di Kem Latihan Kebangsaan di Ezeiza, dekat Buenos Aires, semalam.

Argentina melangkah ke Russia selepas hatrik Messi dalam kempen terakhir pusingan kelayakan mengatasi

 Icardi tiada dalam senarai 23 pemain Sampaoli ke Piala Dunia

Ecuador 3-1. Dalam aksi persahabat­an yang tidak menurunkan Messi, Argentina pernah diaibkan 4-2 oleh Nigeria di Krasnodar pada November tahun lalu dan kemudian kalah -1-6 di tangan Sepanyol Mac lalu.

“Saya lihat dia dalam prestasi terbaik dan sangat teruja menjalani latihan selepas menang gelaran liga bersama kelabnya,” kata Sampaoli mengenai Messi, yang menjaringk­an 45 gol dalam 54 perlawanan bersama Barcelona musim ini.

Argentina diundi dalam Kumpulan D bersama Croatia, Nigeria dan Iceland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia