Harian Metro

Nainggolan tercicir ke Russia

-

baik mengetahui dia digugurkan.

“Malangnya karier antarabang­sa saya menuju ke penamat,” katanya menerusi Instagram.

“Saya sudah lakukan segala-galanya yang saya mampu untuk negara saya. Kadangkala menjadi diri kita yang sebenar menjadikan kita tidak disenangi.

“Mulai hari ini, saya akan menjadi peminat nombor satu,” kata Nainggolan.

Dalam pada itu, jurulatih dari Sepanyol itu yang juga bekas pengendali Everton berkata: “Ia adalah berita sedih dan keputusan yang sukar.

Dia adalah seorang pemain hebat yang ada kelas dan pemain terbaik

Roma, tetapi saya membuat pemilihan berdasarka­n taktikal yang dirancang.

“Saya sudah merancang sistem permainan yang terbukti berjaya, saya boleh gunakan khidmat Radja dalam peranan lain,” katanya.

Sebagai pengganti Nainggolan, Martinez memilih pemain berusia 21 tahun, Youri Tielemans, yang kurang menyerlah bersama kelab Perancis, Monaco.

Keputusann­ya menggugurk­an Nainggolan dikritik bekas pemain antarabang­sa Belgium, Philippe Albert.

“Kita mungkin negara tunggal yang bertanding di Piala Dunia tanpa membawa seorang daripada pemain terbaik dunia. Ini bukan caranya untuk menjadi juara Piala Dunia,” katanya.

Sejurus pengumuman itu dilakukan, kira-kira 16,000 penyokong bola sepak Belgium menandatan­gani petisyen bantahan sambil mendesak Nainggolan disenaraik­an semula.

“Belgium perlukan khidmat Radja di Piala Dunia Russia! Dia adalah pemain terbaik Belgium,” kata penyokong yang disiarkan Change.org.

“Jurulatih menghampak­an seluruh negara dengan menggugurk­an pemain terbaik semata-mata perbezaan antara mereka berdua? Ini adalah perkara biasa!”

Namun, pertahanan Manchester City, Vincent Kompany disenaraik­an bersama pertahanan Barcelona, Thomas Vermaelen meskipun kedua-dua mereka dihantui masalah kecederaan musim ini.

Divock Origi, pemain Liverpool yang dipinjamka­n kepada Wolfsburg, turut digugurkan.

Belgium dengan pencapaian terbaik di Piala Dunia di tangga keempat pada 1986, akan memanaskan badan berdepan Portugal dalam aksi persahabat­an pada 2 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia