Harian Metro

‘Selamat tinggal Gunners’

-

London: Pemain tengah yang dilanda kecederaan berpanjang­an, Santi Cazorla meninggalk­an Arsenal selepas kontraknya tamat, kata jurucakap kelab.

Pemain berusia 33 tahun itu yang sudah enam musim bersama Gunners tidak beraksi sejak Oktober 2016 dan menjalani beberapa siri pembedahan membabitka­n buku lali kanan. Dia juga hampir kehilangan kaki akibat gangrene.

“Saya sedih meninggalk­an kelab selepas beberapa tahun di sini. Saya sayangkan kelab ini dan sudah pasti merindui detik manis kami bersama,” kata Cazorla dalam laman web kelab.

Cazorla melakukan 180 penampilan untuk Arsenal dan menjaringk­an 29 gol selepas menyertai kelab itu dari Malaga pada 2012. Dia membantu kelab menjuarai dua Piala FA pada 2014 dengan menjaringk­an gol dan menjadi pemain terbaik perlawanan pada 2015.

Pemain prolifik itu menjalani latihan penuh musim lalu, tetapi gagal mendapatka­n kontrak baru walaupun sudah pulih.

“Santi adalah pemain kegemaran saya untuk ditonton. Kebolehan semula jadinya adalah pada kedua-dua kakinya. Dia memiliki kepantasan pergerakan, sekali gus menyumbang kepada prestasi terbaik kami beberapa tahun kebelakang­an ini,” kata Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis dalam satu kenyataan.

“Kami berharap dia berjaya dalam masa depannya dan jutaan terima kasih di atas sumbangann­ya bersama kelab ini.”

Arsenal menamatkan kedudukan di tempat keenam dalam liga, sekali gus memaksa pengurus Arsene Wenger meninggalk­an kelab selepas 22 tahun mengendali­kan Gunners. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia