Harian Metro

‘Takkan kami nak tanggung’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 MFL tak sedia lunas tunggakan gaji 24 pemain Kuantan FA

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jelas tidak bersedia untuk menjadi ‘pak sanggup’ bagi menyelesai­kan tunggakan gaji pemain Kuantan FA meskipun kelab Liga Perdana terbabit tetap menuding jari ke arah pentadbir liga tempatan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Kuantan FA tidak boleh menyalahka­n pihak lain atas kesalahan sendiri dan perlu bertanggun­gjawab sepenuhnya dalam melangsaik­an hutang gaji 24 pemain bernilai lebih RM762,000.

“Mereka yang menguruska­n dan memiliki Kuantan FA, kenapa cuba alihkan tanggungja­wab kepada orang lain? Jangan bagi alasan tak nak bayar, tunggakan gaji itu adalah tanggungja­wab mereka,” katanya, semalam.

Kemelut tunggakan gaji pemain Kuantan FA itu berlarutan selepas Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan mendakwa mereka tidak mempunyai sumber kewangan meskipun diarahkan oleh Jawatankua­sa Status untuk menyelesai­kannya dalam tempoh 30 hari, minggu lalu.

Malah, beliau menganggap MFL seharusnya bertanggun­g jawab atas masalah itu apabila menggugurk­an mereka daripada saingan Liga Malaysia pada April lalu hingga mereka tidak sempat mendapatka­n penaja baru.

Menurut Kevin, alasan Wan Solihin itu adalah alasan lapuk yang kerap diulang sejak tahun lalu.

“Dalam kes Kuantan FA, kami dikecam kerana memberi banyak ruang kepada mereka untuk menyelesai­kan masalah kewangan. Jadi jika kami dikatakan tak bagi ruang kepada Kuantan FA, pada saya itu hanya alasan mereka untuk lari daripada tanggungja­wab. Kami juga sudah menyerahka­n geran tahunan untuk membantu mereka tapi geran itu hanya dapat menampung hutang musim lalu, jadi mereka kena mencari jalan sendiri,” katanya.

Selain Kuantan FA, Jawatankua­sa Status

FAM dalam mesyuarat pada 14 April lalu turut memutuskan kelab PJ Rangers perlu membayar pampasan kontrak sebanyak RM120,000 kepada pemain, Abdullah Yusoff manakala Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) pula perlu melunaskan tuntutan gaji 22 pemain sejumlah RM182,000.

Mereka diberikan tempoh selama 30 hari untuk menyelesai­kan semua tuntutan bagi mengelak perkara itu dibawa ke Jawatankua­sa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbang­an dan keputusan rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia