Harian Metro

Thanabalan sedia berganding­an dengan Guirado

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Penyerang muda Negeri Sembilan, N Thanabalan sedia membentuk gandingan mantap bersama import baru, Angel Guirado dalam misi mencatat keputusan positif ketika menentang Johor Darul Ta[zim (JDT) dalam saingan Liga Super, di Stadium Larkin, malam ini.

Guirado, 33, berasal dari Sepanyol dijangka membuat penampilan sulung dan menjadi taruhan terbaik bagi merobek gawang JDT.

Thanabalan berkata, dia dan Guirado sudah mula serasi sepanjang tempoh latihan dua minggu ini, khususnya selepas tamat perlawanan dengan Kedah di Paroi, 5 Mei lalu.

“Saya diberi peluang oleh ketua jurulatih (Mario Lemos) untuk membentuk gandingan dengan penyerang import itu sepanjang latihan dan setakat ini sudah ada keserasian antara kami walaupun Guirado baru dua minggu berlatih.

(gambar)

“Guirado sentiasa memberikan kerjasama baik dan saya selesa berganding­an dengannya, malah kami sedia melaksanak­an tanggungja­wab di barisan depan menentang JDT, malam esok.

“Fokus utama saya adalah untuk membantu pasukan mencapai keputusan baik di gelanggang lawan itu walaupun sedar tugas kami bukan mudah jika mengambil kira reputasi besar JDT,” katanya semalam.

Negeri Sembilan dilihat amat ter-

desak selepas tujuh perlawanan Liga Super tanpa kemenangan dan mereka perlu bangkit jika berhajat untuk terus bersaing dalam liga utama itu.

Thanabalan yang setakat ini sudah menjaringk­an dua gol, mahu melebarkan lagi rekod peribadiny­a itu untuk membantu pasukannya keluar daripada zon bahaya apabila skuad Rusa masih terperosok di dasar liga dengan lima mata.

“Apapun, kami perlu tingkatkan lagi kualiti persembaha­n kerana JDT memiliki segala-galanya dan perlu berwaspada kerana sebarang kelemahan atau kesilapan, sudah tentu kami akan mudah dihukum. Saya harap kami mampu bawa pulang mata dari Larkin, esok,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia