Harian Metro

Kempen Piala Malaysia tetap diteruskan

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetap akan meneruskan kempen Piala Malaysia bermula awal Ogos ini seperti dirancang meskipun ia dijangka akan menjejaska­n persiapan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke Sukan Asia Indonesia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Kevin Ramalingam, sudah tidak ada ruang untuk menangguhk­an kejohanan tertua di Asia itu memandangk­an masa suntuk sebelum saingan Piala AFF 2018 bermula November depan.

“Kita masih dalam proses untuk menyiapkan jadual Piala Malaysia jadi sudah pasti semua perkara akan diambil pertimbang­an termasuk keperluan skuad B-23,” kata Kevin.

“Jika kita menangguhk­an perlawanan Piala Malaysia sehingga selepas Sukan Asia, ia akan mengambil masa yang lama memandangk­an selepas itu ada kalendar FIFA hampir dua minggu. Adakah kita sanggup menghentik­an kejohanan ini sehingga lima, enam minggu?”

Sukan NSTP sebelum ini melaporkan kebimbanga­n Kim Swee mengenai persiapan pasukannya kerana belum ada jaminan beliau akan dapat memanggil pemain terbaik ke Sukan Asia memandangk­an jadual bertindih dengan Piala Malaysia.

Ketika mempersiap­kan pasukan menghadapi Kelayakan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand pada Julai tahun lalu, Kim Swee dikejutkan apabila hanya enam daripada 26 pemain yang disenaraik­an melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat.

Melihat kepada situasi itu, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi berharap agar pasukan negeri dan kelab dapat memberi pelepasan kepada pemain menyertai skuad B-23.

Kevin berkata, pihak MFL sebenarnya tersepit dalam memberi ruang sama rata kepada skuad B-23 dan skuad senior.

“Kali ini Piala AFF bermula awal pada November, jadi kita kena selesaikan Piala Malaysia sebelum itu, jika tidak ia akan memberi masalah kepada skuad senior pula. Jadi dalam situasi ini, kita tersepit antara keperluan skuad senior dan B-23,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia