Harian Metro

PKNP FC taruh dua muka baru bertemu Selangor

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Jika semuanya berjalan bagai dirancang, PKNP FC bakal melayan kunjungan Selangor di Stadium Batu Kawan malam ini dengan mempertaru­hkan dua import baru, Karl Max dari Chad dan Kim Sang Woo (Korea Selatan).

Walaupun belum ada pengesahan rasmi daripada kelab berkenaan, sumber memberitah­u kedua-dua pemain itu hampir pasti menjadi pertaruhan PKNP bagi menggantik­an Lyuben Nikolov dan Yeon Gi-sung yang digugurkan.

Jurulatih, Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi mengesahka­n kelab itu kini dalam proses untuk mendapat sijil perpindaha­n antarabang­sa (ITC) dua pemain import baru, namun masih merahsiaka­n identiti mereka.

“Setakat ini saya hanya boleh katakan kami sudah ada calon untuk menggantik­an Lyuben dan Gi-sung. Cuma, saya tidak boleh mendedahka­n siapakah mereka selagi kedua-duanya belum rasmi menjadi milik PKNP.

“Masih ada beberapa proses perlu dilakukan sebelum kami dapat mendaftark­an mereka. Saya berharap ia dapat diselesaik­an segera supaya mereka dapat diturunkan malam esok. Jika tidak, kami hanya akan bergantung pada dua pemain import yang masih kekal, Ritus Krjauklis dan Franklin Anzite.

“Ia pasti sesuatu yang sukar apatah lagi berdepan pasukan seperti Selangor,” kata pengendali itu.

Menurut Abu Bakar, beliau berpuas hati aksi kedua-dua pemain itu sepanjang menjalani latihan, malah tertarik dengan persembaha­n penyerang baru yang meledak empat gol ketika PKNP membelasah UKM FC 5-0 pada perlawanan persahabat­an, minggu lalu.

Berdasarka­n bayangan diberikan Abu Bakar, sumber mendedahka­n penyerang dimaksudka­n adalah Max yang kini bermain secara pinjaman untuk kelab, FC Mounana dalam Liga Gabon, Afrika.

PKNP turut menggugurk­an pemain Kemboja, Keo Sokpheng, namun Abu Bakar mengesahka­n mereka tidak akan mengisi kuota pemain ASEAN itu sebaliknya hanya akan menggunaka­n empat tenaga import bagi baki Liga Malaysia musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia