Harian Metro

Tuntut aksi luar biasa

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Jurulatih skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak mengharapk­an aksi luar biasa anak buahnya untuk memberi saingan di Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) di Indonesia pada 18 Oktober-4 November ini.

Skuad muda negara itu dilihat berpeluang untuk mencari tempat ke suku akhir apabila berjaya mengelak daripada bertemu pasukan terbaik Asia selepas diundi dalam Kumpulan D bersama, Arab Saudi, Tajikistan dan China.

Bagaimanap­un, Hodak tidak menganggap ia laluan mudah buat anak buahnya yang berada di ranking dua terbawah dalam kalangan 16 pasukan.

“Anda perlu faham, Malaysia antara pasukan di ranking paling bawah, jadi siapa saja lawan yang bakal ditemui pasti sukar. Memang ia akan lagi sukar jika berada dalam kumpulan Jepun, Korea Selatan dan Australia dan kami berjaya mengelak daripada bertemu pasukan terbaik ini.

“Tapi Arab Saudi adalah pasukan ketiga terbaik sebelum ini, China pula melabur banyak wang dan mereka semakin meningkat. Tajikistan pasukan baru dan memiliki fizikal yang kuat. Mereka singkirkan Uzbekistan, jadi mereka pasukan yang bagus,” katanya.

Hodak memulakan kem latihan pusat bermula Ahad lalu dengan hanya memanggil 27 pemain daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia memandangk­an pemain daripada skuad Liga Super dan Liga Perdana mempunyai komitmen bersama pasukan masing-masing.

Selepas sembilan hari berlatih di Wisma FAM, seramai 23 pemain terbaik akan dibawa ke Bangkok, Thailand pada 29 Mei untuk latihan dan tiga perlawanan persahabat­an di sana selama seminggu sebelum pulang ke tanah air pada 5 Jun depan.

Hodak percaya, skuadnya yang dilabel bukan pilihan mampu melakukan kejutan berdasarka­n kemampuan pemain ketika ini.

“Tahun lalu ketika saya bercakap dalam bilik persalinan, hanya Akhyar Rashid bermain dalam Liga Super, tapi sekarang kita sudah ada 10 hingga 11 pemain beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana jadi pasukan ini semakin meningkat,” jelasnya.

 Hodak mahu skuad B-19 beri saingan walaupun berpeluang mara ke suku akhir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia