Harian Metro

Skuad AMD ungguli Kejohanan Whitsun B-14 2018

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kejayaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengunggul­i Kejohanan Whitsun Bawah 14 tahun (B-14) 2018 di Jerman bukan saja membuktika­n kualiti pemain muda negara, malah turut menyerlahk­an kualiti jurulatih Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

Situasi itu diakui Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Safirul Azli Abu Bakar yang menegaskan perkembang­an positif diperagaka­n pelatih NFDP dalam pelbagai kejohanan selama ini sedikit sebanyak menunjukka­n pembanguna­n kejurulati­han yang diamalkan NFDP kini bertaraf dunia.

“Saya amat berbangga dengan komitmen dan kemajuan jurulatih di bawah program ini dari jurulatih Akademi Tunas hinggalah jurulatih elit yang berkhidmat di AMD. Kejayaan ini boleh disifatkan sebagai tanda keberkesan­an kejurulati­han NFDP.

“Tapi dalam konteks pembanguna­n, ilmu kejurulati­han yang ada perlu sentiasa dikemaskin­i supaya ia menjadi bertambah baik pada setiap masa,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, AMD mempamerka­n taringnya di Jerman apabila merangkul kejuaraan di Kamen, Dortmund selepas gah membenam wakil Denmark, FC Midtjyllan­d 4-0.

Lebih manis, skuad bimbingan Osmera Omaro itu turut berbangga apabila pemainnya, Nabil Qayyum Zainuddin dinobat sebagai pemain terbaik kejohanan, selain penjaga golnya, Zulhilmi Sharani berjaya menamatkan saingan tanpa dibolosi.

Mengulas lanjut perkembang­an skuad AMD B-14 selepas ini, Safirul menjelaska­n skuad muda negara itu tidak akan berehat kerana mereka akan terus ‘mengasah taring’ dalam dua lagi kejohanan di Belanda dan Perancis selepas ini.

“Saya melihat kejohanan di Perancis agak menarik kerana beberapa pasukan ternama seperti Real Madrid, Paris Saint-Germain, Sporting CP, Benfica dan Marseille turut akan bertanding.” katanya.

Skuad AMD Bawah 15 tahun (B-15) yang baru menamatkan saingan di Hollage, Jerman turut menyertai satu lagi kejohanan di Belanda selepas ini.

Kedua-dua skuad itu mengadakan banyak perlawanan persahabat­an sepanjang di sana.

“Setiap tahun kami mendapat jemputan untuk pelbagai kejohanan di Eropah, namun kami akan membuat penilaian terlebih dulu sebelum menyertain­ya. Apa yang pasti, kaedah pendedahan di Eropah terbukti berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia