Harian Metro

Tak sempat jual hasil bom ikan

-

Tindakan empat lelaki menangkap ikan menggunaka­n bahan letupan menerima padah apabila ditahan Agensi Penguatkua­saan Malaysia Maritim (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Mengalum, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Maritim Malaysia 15 Kota Kinabalu turut merampas 50 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis yang disyaki ditangkap menggunaka­n bahan letupan.

Pengarah Maritim 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Adam Aziz berkata, bot Peronda Maritim yang menjalanka­n Op Api di sekitar Pulau

Gaya mengesan sebuah bot pam yang mencurigak­an masuk ke kawasan Pulau Mengalum.

“Susulan itu, kita menahan dan memeriksa bot pam dinaiki empat lelaki yang mana semua mereka gagal menunjukka­n pengenalan diri yang sah,” katanya.

Adam berkata, pemeriksaa­n lanjut menemui 50kg ikan yang ditangkap menggunaka­n bahan letupan dan keempat-empat lelaki berusia 25 dan 32 tahun bersama bot pam ditahan dan diiring ke Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan

Seksyen 6(1) Akta

Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau berkata, sejak Op Api dilaksanak­an 22

Mac lalu hingga kini, tujuh bot pam yang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan keadah bom direkodkan.

Sementara itu, Pengarah Maritim Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, pihaknya memberi amaran kepada individu atau kumpulan yang terbabit menangkap ikan menggunaka­n peralatan tidak dibenarkan terutama dengan bahan letupan.

“Saya juga mengingatk­an mereka yang terbabit dan subahat membekal bahan letupan sedang dijejaki dan tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? Tekong bot bersama awak-awak terjun ke laut dan gagal
dikesan
Tekong bot bersama awak-awak terjun ke laut dan gagal dikesan
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia