Harian Metro

KEJAR LIMA MINIT

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup masuk

1,086 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM44,820 melalui kawasan perairan Kampung Titingan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam

11.12 malam itu, bot ronda Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau mengesan sebuah bot laju tanpa nombor pendaftara­n dalam keadaan mencurigak­an menuju ke penempatan atas air berkenaan.

Ketua Zon Maritim, Kapten Maritim Romli Mustafa berkata, bot laju itu disyaki membawa bekalan rokok dari Sungai Nyamuk, Indonesia dipercayai untuk dipasarkan di daerah ini.

“Sebaik menyedari kehadiran bot Maritim Malaysia, dua suspek dalam bot laju berkenaan memecut laju ke arah perkampung­an atas air untuk meloloskan diri.

“Anggota maritim mengejar bot laju terbabit selama lima minit sebelum dapat dipintas dan ditahan. Bagaimanap­un tekong bot bersama awak-awak terjun ke laut dan gagal dikesan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Romli berkata, pemeriksaa­n lanjut menemui 1,086 rokok putih dan keretek pelbagai jenama dan turut dirampas ialah bot laju bersama enjin sangkut 200 kuasa kuda dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM104,820.

“Semua barang rampasan dibawa ke Pangkalan Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau berkata, setakat tahun ini pihaknya membuka 24 kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan di mahkamah membabitka­n 30 tangkapan atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 18 kes pertuduhan telah dilakukan di mahkamah membabitka­n pelbagai kesalahan antaranya mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta

Kastam 1967 dan Akta Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyuludup­an Migran (Atipsom) 2007, selain

Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia