Harian Metro

Polis hambat balik

 Mahkamah gempar tertuduh cuba bolos diri

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

Orang ramai yang berada di sekitar Mahkamah Majistret di sini, semalam gempar apabila seorang buruh yang selesai menjalani proses pertuduhan kerana menyebabka­n kecederaan terhadap bapanya, melarikan diri sebaik keluar dari kandang tertuduh.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, Ghulam Hassan Ali, 21, bagaimanap­un berjaya ditahan oleh beberapa anggota polis mahkamah dengan bantuan orang ramai serta anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebelum dia sempat keluar dari pekarangan mahkamah berkenaan.

Berikutan itu, prosiding mahkamah tergendala kira-kira lima minit kerana beberapa anggota polis mengejar suspek yang melarikan diri sejauh kira-kira 30 meter dari kamar mahkamah.

Dia kemudian berjaya dihalang dan ditahan berhampira­n kantin, tidak jauh dari pagar mahkamah.

Terdahulu, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan kerana mencederak­an bapanya, Alih Karama, 74, dalam kejadian di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya pada jam 11 malam, 7 Mei lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan menggunaka­n pisau terhadap bapanya dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap bapanya.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus sebelum memerintah­kan tertuduh hadir ke mahkamah semula pada 20 Jun depan kerana belum menerima laporan perubatan sebelum hukuman ditetapkan.

 ??  ?? TAHANAN yang cuba meloloskan diri Ghulam Hassan Ali dicekup pihak polis.
TAHANAN yang cuba meloloskan diri Ghulam Hassan Ali dicekup pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia