Harian Metro

Jeffrey disiasat

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

 SPRM panggil Presiden Parti Solidariti Tanah Airku

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyiasat Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam.

Susulan siasatan itu, sepasukan pegawai SPRM dilaporkan menjalanka­n pemeriksaa­n di rumah Jeffrey yang turut dijadikan pejabatnya di Keningau, jam 10 hingga 11 malam semalam.

Difahamkan, siasatan dijalankan SPRM ada kaitan dengan kerjasama parti itu dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden STAR Jalumin Bayogo ketika dihubungi mengesahka­n Jeffrey dipanggil ke pejabat SPRM Sabah.

“Saya mendapat maklumat itu (Jeffrey dipanggil ke pejabat SPRM) selepas berhubung dengan peguam Datuk (Jeffrey). Mungkin selepas ini Datuk akan mengadakan sidang media,” katanya.

Bagaimanap­un, usaha NSTP mendapatka­n pengesahan SPRM dan Jeffrey setakat petang semalam tidak berhasil.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung STAR Ardino Diris berkata, beliau turut dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan jam 10.30 pagi semalam.

“Setakat pengetahua­n saya, tiada apa-apa barangan termasuk dokumen diambil oleh pegawai SPRM di pejabat Datuk (Jeffrey),” katanya.

Pada PRU14, STAR yang diketuai Jeffrey memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bekerjasam­a dengan BN yang memiliki 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Jeffrey turut dilantik sebagai seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri.

Bagaimanap­un, kerajaan negeri BN-STAR kehilangan majoriti selepas enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN), sekali gus membolehka­n Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dan membentuk kerajaan.

 ??  ?? JEFFREY ketika ditemui media di luar pejabat SPRM Sabah, semalam.
JEFFREY ketika ditemui media di luar pejabat SPRM Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia