Harian Metro

Sembilan individu dirakam keterangan

-

Kota Kinabalu: Polis Sabah sudah merakamkan percakapan sembilan individu berkaitan siasatan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin kepada seorang pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) di negeri ini, minggu lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, ketika dihubungi semalam berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah.

“Buat masa ini rakaman percakapan giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya namun enggan mengulas lanjut.

Minggu lalu, Juhar membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin tertinggi BN Sabah, dipercayai ada kaitan dengan upacara angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri oleh Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, pada 10 Mei lalu.

Difahamkan, susulan laporan polis itu, pemimpin terbabit dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Rabu lalu untuk diambil keterangan membantu siasatan.

Pada 10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan yang di-Pertua Negeri selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memiliki 31 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanap­un, dua hari

bagi kemudian Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas enam ADUN BN menyokong beliau.

Susulan itu, pada Isnin lalu, pihak Istana menyerahka­n surat pemberitah­uan daripada Tun Juhar bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri.

Khamis lalu, Musa menfailkan saman terhadap Juhar dan Mohd Shafie menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatka­n pengisytih­aran bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukka­n undang-undang.

 ?? Ramli Din ?? Buat masa ini rakaman percakapan giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan”
Ramli Din Buat masa ini rakaman percakapan giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia