Harian Metro

Wajib suntik vaksin

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

 Lima notis dikeluarka­n terhadap peniaga dalam Op Ramadan

Menggaji pekerja yang tidak mendapatka­n suntikan vaksin tifoid, selain tiada sijil pengendali­an makanan antara kesalahan dikesan menerusi Ops Ramadan di bazar Ramadan Fujimart di sini, kelmarin.

Operasi bermula jam 5 petang oleh 28 anggota penguat kuasa Pejabat Kesihatan dan Persekitar­an Daerah Tawau.

Pegawai Kesihatan Persekitar­an Daerah Tawau, Rahman Sampe berkata, antara kesalahan sama yang gagal dipatuhi peniaga ialah peraturan 11(1)(b) iaitu menggaji pekerja tiada suntikan vaksin tifoid dan sijil latihan pengendali makanan.

Selain itu, katanya, ada peniaga melakukan kesalahan mengikut Peraturan 32(1)(b) iaitu tidak mematuhi etika pakaian pengendali makanan.

“Sebanyak 67 premis dan gerai di Bazar Ramadan di Fujimart diperiksa manakala lima notis telah dikeluarka­n terhadap peniaga yang ingkar.

“Pihak kami memandang serius kesalahan itu dan menggesa pengendali makanan wajib mengambil suntikan tifoid sebelum memulakan aktiviti perniagaan di bazar Ramadan,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Rahman berkata, kesalahan lain yang dikesan ialah ada peniaga yang tidak mendaftark­an premis makanan mereka di Pejabat Kesihatan Persekitan Daerah Tawau.

“Dalam operasi ini, pihak penguat kuasa juga memberi nasihat dan panduan berkenaan cara pengendali­an makanan dengan betul.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka masih gagal mematuhi peraturan dan melakukan perkara sama selepas ini,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT kuasa Pejabat Kesihatan dan Persekitar­an Daerah Tawau memeriksa premis dan gerai di Bazar Ramadan Fujimart.
PENGUAT kuasa Pejabat Kesihatan dan Persekitar­an Daerah Tawau memeriksa premis dan gerai di Bazar Ramadan Fujimart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia