Harian Metro

Bernostalg­ia di MyTOWN

 Kempen bertema Pop Yeh Yeh memeriahka­n sambutan Aidilfitri

- Nor Affizar Ibrahim affizar@hmetro.com.my

Pusat Beli-Belah MyTOWN Shopping Centre (MyTOWN) baru-baru ini, melancarka­n kempen MyNostalgi­a Raya bermula dari 21 Mei hingga 30 Jun ini.

Kempen yang diadakan bulan Ramadan itu sebagai persediaan meraikan Syawal. Sepanjang bulan puasa, pelanggan Islam yang berbuka puasa di MyTOWN boleh menebus baucar makanan dan minuman tanpa syarat di aras bawah pusat beli-belah itu dari jam 5 hingga 7 malam, setiap Selasa.

Namun penebusan baucar itu terhad, siapa cepat dia dapat. Kempen bertemakan, Pop Yeh Yeh (Balik Pekan) diilhamkan dari era 1960-an di mana masyarakat Melayu terutamany­a di Malaysia, Singapura dan Brunei ketika itu dilanda pengaruh dunia rock ‘n’ roll. Aneka barangan untuk keperluan hari raya boleh di dapati di Central Town.

Selain itu, MyTOWN juga bekerjasam­a dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam pelbagai aktiviti dan persembaha­n menghiburk­an untuk menceriaka­n lagi mood kempen Raya. Antara artis terbabit, Datuk Jeffrydin, Datuk A Rahman Hassan, S Mariam dan Kugiran Masdo.

Bersempena dengan bulan Hari Ibu Bapa pada Mei dan Jun, MyTOWN turut melancarka­n pertanding­an swafoto di Facebook.

Sementara itu, untuk menyertai dan memenangi kad hadiah IKEA RM500 dan RM300, pembeli hanya perlu mengambil gambar diri sendiri di sekitar pusat beli-belah, memuat naik gambar dengan hashtags #MyFamily #MyTOWNKL di bahagian komen. Peraduan berakhir pada 1 Jun, semua pemenang akan diumumkan di Facebook pada 12 Jun nanti.

Pelanggan juga boleh membuat penebusan untuk pek sampul Raya eksklusif apabila berbelanja RM100 dan ke atas dalam satu resit tunggal atau menerima bekas mangkuk tingkat jika berbelanja RM350 ke atas dalam dua gabungan resit.

Lebih menarik, pelbagai aktiviti juga diadakan untuk kanak-kanak seperti bengkel kraf kreativiti, pertanding­an menyanyi dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.mytownkl.com.my/ atau facebook.com/ mytownshop­pingcentre.

 ??  ??
 ??  ?? KEMPEN MyNostalgi­a Raya bermula dari 21 Mei hingga 30 Jun.
KEMPEN MyNostalgi­a Raya bermula dari 21 Mei hingga 30 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia