Harian Metro

The Store tampil bergaya

-

Dekorasi ruang lebih moden, selesa ikut kelengkapa­n, seksyen barangan

pula berpeluang merasai pengalaman membeli-belah di The Store Seremban Centrepoin­t yang berwajah baru sebagai destinasi membeli-belah untuk seisi keluarga.

Menurut Pek, Kumpulan The Store juga menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM500,000 menerusi cabutan bertuah untuk pelanggann­ya sempena Peraduan Ulang Tahun ke-50 Kumpulan The Store-Ganjaran Meriah yang berlangsun­g mulai hari ini (23 Mei) hingga 17 September 2018.

“Melalui pembelian

RM50 dalam satu resit, ia melayakkan pelanggan menyertai peraduan dan berpeluang memenangi lima kereta iaitu Honda City (hadiah pertama), Proton Persona (hadiah kedua), Perodua Myvi (hadiah ketiga), Proton Saga (hadiah keempat) dan Perodua Axia (hadiah kelima).

“Bagi ganjaran segera, pelanggan berpeluang memenangi kupon tunai dengan pembelian RM50 dalam satu resit. Nilai kupon daripada RM2 hingga RM10 akan tertera di bawah resit pembayaran,” katanya.

Kumpulan The Store turut kembali dengan program penebusann­ya dan kali ini menawarkan bekas makanan kedap udara

untuk dimiliki pelanggan.

Koleksi bekas makanan itu sesuai untuk kegunaan dapur terutama sempena musim perayaan ini. Ia juga boleh digunakan sebagai bekas untuk memanas dan menyimpan makanan.

Cara untuk menebus bekas makanan kedap udara

ini semudah tiga langkah saja iaitu belanja, kumpul dan tebus beli.

Dengan pembelian RM30 dalam satu resit, pelanggan boleh mendapat satu pelekat percuma untuk membeli satu daripada reka bentuk bekas makanan itu pada harga eksklusif serendah RM9.50 (RM9.90).

Jika pelanggan mengumpul tiga pelekat untuk ahli dan lima pelekat bagi bukan ahli, mereka boleh membeli satu set

(lima reka bentuk) pada harga RM90 saja berbanding harga asalnya, RM214.

Sementara itu, pemenang Peraduan Riang Ria Perayaan Ganjaran Berganda yang berlangsun­g pada 24 November 2017 hingga 4 Mac 2018 bakal diraikan dalam majlis penyampaia­n hadiah di Taiping Mall, Perak, pada 31 Mei ini.

Mereka adalah Tha Hui Ling dari Kuala Lumpur yang memenangi hadiah utama, kereta Perodua Axia 1.5SAT, Rima Melati Md Noor dari Kelantan membawa pulang hadiah tempat pertama, Perodua Bezza 1.0GAT dan Mohan Kaur Harchand Singh dari Selangor memenangi hadiah kedua, Perodua

Axia 1.0GAT.

Waktu operasi perniagaan di The Store dan Pacific terpilih juga akan dilanjutka­n sehingga jam 11 malam bermula 31 Mei hingga 14 Jun ini. Maklumat lanjut boleh layari www.tstore.com.my.

 ??  ?? SUSUN atur barangan dibahagika­n kepada seksyen tertentu untuk memudahkan dan keselesaan pelanggan.
SUSUN atur barangan dibahagika­n kepada seksyen tertentu untuk memudahkan dan keselesaan pelanggan.
 ??  ?? WINKY Pek dan pengurusan kanan serta kakitangan Kumpulan The Store di depan Market Place by The Store, SB Mall.
WINKY Pek dan pengurusan kanan serta kakitangan Kumpulan The Store di depan Market Place by The Store, SB Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia