Harian Metro

Raya Lebih Gempak dengan Toshiba!

- Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

 Promosi Aidilfitri kini kembali dengan rangkaian produk baru

Promosi Aidilfitri Toshiba kini kembali dengan rangkaian produk baru yang pastinya menyuntik keriangan kepada pembeli.

Bertemakan Raya Lebih Gempak dengan Toshiba! sememangny­a bertepatan dengan produk inovatif yang sentiasa menjadi pilihan pengguna.

Antara produk yang bakal menjadi pilihan ramai pengguna termasuk peti sejuk siri W, mesin basuh inverter nano wash, televisyen pro theatre (Ultra HD), ketuhar gelombang mikro (Siri Deluxe), penyaman udara dan pemanas air serta-merta.

Pengguna bertuah pula akan menerima pulangan menarik melalui pembelian terpilih dari rangkaian peralatan perumahan dan audio visual.

Hadiah merangkumi beg sandang dilipat, pot masakan keluli tahan karat (stainless steel) serta set kemasan pengembara­an.

Raikan Hari Raya anda dengan memiliki mana-mana peralatan rumah dan audio visual Toshiba yang dikeluarka­n khas sempena Aidilfitri ini.

Toshiba Sales and

Services Sdn Bhd (TSS) ditubuhkan di Malaysia sejak lebih 40 tahun lalu. Syarikat ini mempunyai reputasi tinggi sebagai pengedar peralatan kediaman dan produk audio visual bermutu tinggi.

Sebagai kumpulan syarikat global, Toshiba mempunyai komitmen kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan mereka terutama dengan menyediaka­n perkakas elektrik berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau perkhidmat­an Toshiba, boleh lawati laman web toshiba.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di 1300-88-7899.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia