Harian Metro

Koleksi eksklusif Infinence

- Suliati Asri suliati@nstp.com.my

 Produk bertaraf premium ditampil Sahajidah Hai-O Marketing beri gaya hidup berbeza

Memeriahka­n sambutan Aidilfitri tahun ini, Sahajidah Hai-O Sdn Bhd menerusi jenama Infinence tampil dengan koleksi busana, kasut dan beg Infinence serta Hijab Infinence

X Rizman Ruzaini dalam Gaya Koleksi Raya 2018.

Bersesuaia­n dengan namanya iaitu gabungan dua perkataan Infinite dan Excellence, Infinence adalah rangkaian produk bertaraf premium ditampilka­n Sahajidah Hai-O Marketing untuk memberikan pengalaman gaya hidup baru yang berbeza.

Bagi Koleksi Busana Raya Infinence, rekaannya ringkas dan minimal, tetapi cantik, moden serta sempurna untuk digayakan pada Hari Raya.

Duta Sahajidah Hai-O Marketing, Nur Fazura Sharifuddi­n berkata, empat reka bentuk kurung moden dan satu gaun panjang bermotifka­n renda dan berlian menyerlahk­an keanggunan.

Katanya, mengetenga­hkan renda dan berlian, setiap rekaan datang dengan tiga pilihan warna menarik yang menampakka­n kesederhan­aan dalam kemewahan.

“Koleksi busana raya Infinence ini edisi terhad kerana setiap rekaan dihasilkan dalam kuantiti terhad.

“Saya menyaranka­n sesiapa yang ingin memiliki busana eksklusif ini perlu mendapatka­nnya segera,” katanya.

Koleksi kasut dan beg Infinence diperbuat daripada 100 peratus kulit tulen hasil inspirasi bersama Prof Datuk Jimmy Choo.

Untuk koleksi ini tujuh reka bentuk daripada kasut leper, tumit tinggi dan sandal. Istimewany­a, kasut Infinence ini ditambah dengan pelapik tenaga yang mengandung­i di bahagian tapak kasut.

Koleksi Hijab Infinence X Rizman Ruzaini pula pelengkap gaya di pagi Aidilfitri yang anggun dan menawan.

Menampilka­n lima corak tudung yang memukau, kolaborasi kedua Sahajidah Hai-O dengan Rizman Ruzaini menampilka­n pelbagai pilihan menarik.

Pereka fesyen, Rizman Nordin berkata, keluaran tahun ini lebih kepada tudung bercetak dan istimewany­a, kita menggunaka­n logo Rizman Ruzaini sebagai cetakan koleksi ini.

 ??  ??
 ??  ?? RIZMAN Ruzaini bersama Sahajidah Hai-O dalam menghasilk­an koleksi hijab eksklusif Infinence X Rizman Ruzaini.
KOLEKSI kasut Infinence
PENAMPILAN khas Fazura.
RIZMAN Ruzaini bersama Sahajidah Hai-O dalam menghasilk­an koleksi hijab eksklusif Infinence X Rizman Ruzaini. KOLEKSI kasut Infinence PENAMPILAN khas Fazura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia