Harian Metro

Cari waris 6 budak

JKM kesan ahli keluarga bantu proses penempatan semula

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutua­n memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris enam kanak-kanak, sekali gus membantu proses penempatan semula mereka.

JKM dalam kenyataan berkata, mahkamah akan membuat keputusan penempatan semula kanak-kanak berkenaan berdasarka­n peruntukan Seksyen 15 (3), Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi kes pertama, waris kepada empat adik-beradik iaitu Siti Hajar, 6, Siti Fatimah, 8, Siti Hawa, 10, dan Siti Khadijah, 12, yang kematian ibu mereka, Salina Azmi pada 10 November 2016 diminta tampil.

Kanak-kanak berkenaan diserahkan seorang individu yang mengaku sebagai adik-beradik tiri kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Baitun Nurrawdhah, Haffipah Ismail pada awal Januari tahun lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, kes seterusnya membabitka­n seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang diserahkan bapa kandung warga India kepada sepasang suami isteri, Jumsiyah Wari dan Abd Ghani Abd Malik.

“Maklumat awal diterima, kanak-kanak terbabit, Siti Noor Jooaliya diserahkan bapanya, Munish Kumar Choudary selepas ibu kandungnya yang dikenali sebagai Sukesi, warga Indonesia melarikan diri.

“Jumsiyah dan Abd Ghani menjaga Siti Noor Jooaliya sejak kanak-kanak itu berusia setahun,” katanya.

Bagi kes ketiga, JKM kini sedang mengesan waris Wan Su Yin berusia tiga tahun yang diserahkan ibu kandungnya, Wan Yee Lai kepada ibu angkat, Kiew Siew Ching ketika usianya baru sebulan.

“Kami difahamkan ibu kandung meminta keluarga angkat menjaga kanak-kanak ini tetapi sehingga kini wanita itu tidak tampil untuk mengambil semula anaknya.

“Sehubungan itu, JKM mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu mahupun waris enam kanak-kanak ini agar tampil segera,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubung­i Unit Kanak-Kanak JKM Kuala Lumpur di talian 03-26124123 atau pelindung kes, Noor Nashira Adawiyah Mohtar (03-2612 4000).

 ??  ?? WAN Su
WAN Su
 ??  ?? SITI Noor Jooaliya
SITI Noor Jooaliya
 ??  ?? SITI Hajar
SITI Hajar
 ??  ?? SITI Khadijah
SITI Khadijah
 ??  ?? SITI Hawa
SITI Hawa
 ??  ?? SITI Fatimah
SITI Fatimah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia