Harian Metro

Pertimbang­an berhati-hati lantik PM

- Musa Awang Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Selepas PRU14, setelah Pakatan Harapan menangi majoriti mudah (simple majority) untuk membentuk kerajaan, timbul polemik berhubung isu pelantikan Perdana Menteri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Antara pembohonga­n yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab ialah tuanku sengaja melengah-lengahkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad, sehingga jam 9.30 malam barulah secara rasminya Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Kuasa melantik PM

Walaupun kuasa memilih wakil rakyat ke Dewan Rakyat adalah kuasa rakyat, namun kuasa melantik ketua bagi wakil rakyat yang dipilih tersebut adalah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan

Agong.

Perkara 40(2) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan bahawa – “(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanak­an fungsi yang berikut, iaitu : (a) melantik seorang Perdana Menteri.”

Perkataan ‘menurut budi bicaranya’ di sini bermaksud kuasa yang dilaksanak­an oleh

Yang di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak.

Bagaimanap­un, Perkara 43(2)(a) Perlembaga­an memfokuska­n skop budi bicara itu dengan peruntukan yang berbunyi – “43 (2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu: (a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengeru­sikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaa­n majoriti ahli Dewan Rakyat itu.”

Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak melantik sesiapa saja yang disukainya sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya, Perdana Menteri yang hendak dilantik mestilah seorang ahli Dewan Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara) dan harus dapat menguasai keyakinan majoriti, iaitu sekurang-kurangnya 112 orang daripada sejumlah 222 orang ahli Dewan Rakyat.

Dapat kepercayaa­n majoriti

Kepercayaa­n majoriti diperlukan bagi pelantikan seorang Perdana Menteri adalah berasaskan kepada keupayaan seorang Perdana Menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya dia mempunyai sebuah kerajaan yang stabil.

Perlembaga­an tidak memperinci­kan bagaimana seseorang Perdana Menteri mencapai kepercayaa­n majoriti ahli Dewan Rakyat. Kepercayaa­n majoriti itu hendaklah datang daripada ahli Dewan Rakyat, yang dipilih semasa pilihan raya dan bukan daripada mana-mana pihak di luar dewan.

Hakikatnya, politik di negara ini adalah berdasarka­n penguasaan parti dalam sistem demokrasi moden. Ini bermakna, parti atau melalui pakatan parti akan meletakkan calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya. Manakala pengundi akan mengundi mengikut lambang parti yang digunakan dalam kertas undi. Walau pun terdapat calon Bebas yang tidak menyertai mana-mana parti politik bertanding, mereka juga menggunaka­n lambang tertentu dalam kertas undi. Bukan menggunaka­n rupa atau wajah mereka.

Oleh itu, mana-mana parti politik yang memenangi pilihan raya dengan majoriti mudah boleh membentuk kerajaan, manakala pemimpin utama parti politik tersebut biasanya akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pembentuka­n kerajaan

Selepas pilihan raya umum, ketua parti yang berjaya membentuk kerajaan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Sekiranya tidak ada suatu parti yang menang majoriti, tetapi terdapat gabungan politik yang berjaya membentuk kerajaan, Yang di-Pertuan Agong akan melantik nama yang diketengah­kan sebagai Perdana Menteri oleh gabungan politik tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum 9 Mei 2018, parti yang menang dalam PRU14 adalah terdiri daripada parti dalam Pakatan Harapan, iaitu

PKR, DAP, PPBM, PAN serta Warisan. Pakatan Harapan memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen, dengan pecahan PKR (104), DAP (9). Manakala

Parti Warisan Sabah (8), Barisan Nasional (BN) memperoleh 79 kerusi, PAS (18), Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).

Memandangk­an tiada suatu parti yang memperoleh­i 112 kerusi untuk membentuk majoriti mudah, maka pada petang 10 Mei 2018, semua ketua atau wakil parti gabungan Pakatan Harapan menghadap sembah ke bawah duli Tuanku untuk memaklumka­n sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Moahamad dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ia proses untuk Baginda benar-benar mengenalpa­sti dan meyakini bahawa Tun Dr Mahathir adalah individu yang paling banyak mendapat sokongan ahli dewan rakyat untuk mengetuai kerajaan.

Selepas Baginda meyakini Tun Dr Mahathir mendapat kepercayaa­n dan sokongan yang cukup untuk mengetuai kerajaan, maka barulah Baginda bertitah untuk majlis mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan pada jam 9.30 malam, Khamis 10 Mei 2018.

Kelihatan agak lama masa yang diperlukan untuk upacara mengangkat sumpah kerana ia

HARIAN

METRO adalah untuk menentukan ketua bagi kerajaan yang baru, bukannya melantik Perdana Menteri bagi kerajaan yang pernah menyandang sebelumnya.

Tiada sebarang tekanan boleh mempengaru­hi Yang di-Pertuan Agong dalam bertindak secara berperlemb­agaan untuk menggunaka­n pertimbang­an Baginda secara senyap, tenang, bebas dan saksama.

Pertimbang­an berhati-hati

Sikap dan tindakan berhati-hati Baginda harus dipuji. Sebagai ketua negara Malaysia, Baginda harus membuat pertimbang­an dengan penuh cermat dan teliti, bagi mengelakka­n berlaku pertikaian di kemudian hari, termasuk risiko dicabar di mahkamah. Kerana jika berlaku, kesannya boleh menggugat kesejahter­aan seluruh rakyat di bawah lindungan payung Baginda.

Episod yang pernah berlaku di Sabah pada April 1985 yang menyebabka­n perebutan kuasa oleh Tun Mustapha dan Harris Salleh yang akhirnya menjadi subjek litigasi dalam kes Tun Mustapha Harun melawan Tun Mohd. Adnan Robert dan Datuk Joseph Pairin Kitigan [1986] 2 MLJ 420, tidak harus dibiar berulang lagi.

Daulat Tuanku!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia