Harian Metro

Langkah awal pulih parti

- Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

 Wanita UMNO yakin pertanding semua jawatan dapat kembalikan kepercayaa­n

Wanita UMNO menyifatka­n keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk membenarka­n semua jawatan tertinggi dipertandi­ngkan langkah permulaan buat parti keramat orang Melayu itu membuat pembaharua­n.

Ketua Wanitanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya yakin ini langkah pertama parti yang signifikan.

Beliau berkata, langkah ini penting untuk merejuvena­sikan parti supaya kekal menjadi sandaran kepercayaa­n rakyat.

“Wanita UMNO menerima dan mengambil iktibar atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Suara rakyat ini mesti diambil secara serius oleh UMNO. UMNO mesti memulakan fasa pemulihan dalam parti untuk kembali berkhidmat kepada rakyat dan mendapatka­n kepercayaa­n mereka.

“Justeru, pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari ini (semalam), Wanita UMNO bersetuju semua jawatan dalam UMNO mesti dibuka untuk dipertandi­ngkan supaya ahli boleh memilih pemimpin yang mereka percaya serta mampu membawa pembaharua­n dan perubahan yang diperlukan oleh parti di saat amat mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Keputusan membenarka­n semua jawatan tertinggi parti termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketua sayap dipertandi­ngkan pada pemilihan kali ini diumumkan oleh Pemangku Presiden merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, semalam, Ahmad Zahid berkata, semua jawatan yang ada mengikut perlembaga­an dan peraturan UMNO terbuka serta bebas untuk dipertandi­ngkan.

Selepas ini, katanya, tidak perlu timbul soal tiada pertanding­an bagi jawatan tertentu dalam UMNO.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia