Harian Metro

Untung tiket emas

- Daily Mail

 Wanita dijemput hadiri perkahwina­n diraja jual beg hadiah untuk RM112,000

Seorang wanita yang mendapat ‘tiket emas’ menghadiri majlis perkahwina­n Putera Harry dan Meghan Markle pada Sabtu lalu kerana kerja kemasyarak­atannya menjual beg hadiah diterima pada acara itu di eBay dengan harga lebih £21,000 (RM112,000).

Claire Oliver, 31, antara 1,200 tetamu bukan VIP digelar ‘Juara Masyarakat’ yang dijemput untuk majlis di luar St George’s Chapel Sabtu lalu seterusnya diberi peluang melihat pasangan pengantin serta tetamu terkenal mereka dengan lebih dekat.

Claire menawarkan beg hadiah diterima pada majlis itu di eBay, sebelum dijual kepada pembida tertinggi dengan harga £21,400 (RM114,000). Beg kain guni yang tertulis nama pasangan diraja itu mengandung­i antara lain surat khas daripada Harry dan Meghan, sebotol air Istana Windsor, coklat syiling, setin biskut dan baucar diskaun untuk pembelian di kedai cenderahat­i istana berkenaan.

Claire antara lebih 25 tetamu yang menawarkan beg hadiah diterima kepada pembida tertinggi, malah Daily Mail melaporkan ada yang menjualnya dengan harga lebih £30,000 (RM159,000), hanya beberapa jam selepas acara berakhir.

Antara keterangan seorang penjual berbunyi: “Belilah sesuatu yang menjadi sebahagian sejarah bagi menyambut hari istimewa untuk Britain serta keluarga diraja.”

Tindakan menjemput 1,200 tetamu bukan VIP itu antara perkara paling unik dilakukan Meghan dan Harry bagi perkahwina­n diraja.

Majlis berkenaan disaksikan jutaan orang di seluruh dunia menjadikan­nya acara televisyen paling ramai ditonton tahun ini.

 ??  ?? BEG hadiah diberi kepada tetamu pada majlis itu. Gambar kecil, Claire. - Daily Mail
BEG hadiah diberi kepada tetamu pada majlis itu. Gambar kecil, Claire. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia