Harian Metro

Gol penyelamat karier Aparecido

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Gol kelima sumbangan pemain import, Junior Aparecido ketika membenam Kelantan 5-1 dilihat menjadi ‘penyelamat’ kepada kariernya bersama Kuala Lumpur dan dia boleh menghela nafas lega selepas dijangka kekal bersama pasukan itu.

Meskipun timbul spekulasi pemain kelahiran Brazil itu akan digugurkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) susulan prestasi hambar musim ini, namun pengendali­nya, Fabio Maciel mengesahka­n pemain berusia 28 tahun itu akan terus menjadi sebahagian daripada pemainnya untuk mengharung­i musim ini.

“Sudah tentu dia akan terus menjadi sebahagian daripada

(gambar)

pasukan ini selepas jendela perpindaha­n ditutup. Segalanya sudah dijelaskan menerusi perbincang­an bersama pengurusan minggu lalu.

“Saya sudah berjumpa dengannya dan menyatakan dia tidak beraksi dengan baik. Saya yang membawanya ke dalam pasukan ini kerana saya tahu kualiti dimilikiny­a jadi dia menjadi tanggungja­wab saya.

“Dia menunjukka­n kebangkita­n apabila menjaringk­an gol malam ini (malam tadi). Dia akan kembali dengan prestasi terbaik dan membuktika­n dia layak berada di sini hujung musim ini,” katanya.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, tuan rumah mengamuk apabila mendahului dengan dua gol hanya dalam tempoh sembilan minit menerusi Guilherme de Paula dan Paulo Josue sebelum De Paula meledak satu gol lagi pada pertengaha­n babak pertama untuk mendahului 3-1.

Pemain gantian Ashri Chuchu serta Junior turut mencetak nama selaku penjaring untuk menjadikan kedudukan 5-1 sekali gus mencatat kemenangan pertama mereka ke atas Kelantan sejak 2004.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia